Akibat yang tidak diingini daripada langkah-langkah berdasarkan sekolah untuk mengurus pandemik COVID-19

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Mengapa soalan ini penting?

Negara-negara di seluruh dunia telah mengambil banyak langkah kesihatan awam dan sosial bagi mencegah dan mengawal penyebaran SARS-CoV-2, virus respiratori COVID-19 yang mudah berjangkit. Pelbagai langkah telah diterapkan bagi mengurangkan penularan SARS-CoV-2 di sekolah dan masyarakat umum. Sekolah-sekolah berpotensi menjadi persekitaran penularan virus yang tinggi kerana melibatkan interaksi berpanjangan antara orang yang duduk rapat-rapat. Ulasan terdahulu mencari dan meneliti kajian-kajian keberkesanan langkah-langkah berasaskan sekolah tentang penularan SARS-CoV-2. Adalah penting untuk melihat akibat kesihatan dan masyarakat, yang tidak diingini supaya pembuat dasar dan ibu bapa dapat membuat keputusan termaklum. Akibat yang tidak diingini sesuatu langkah kesihatan awam mungkin bermanfaat atau mudarat (atau kedua-duanya). Langkah kesihatan awam boleh menyebabkan kedua-dua manfaat dan mudarat. Untuk ulasan ini, kami merancang untuk menilai akibat yang tidak diingini daripada langkah-langkah yang direka bagi mencegah dan mengawal penyebaran SARS-CoV-2 di sekolah. Oleh itu, ulasan ini boleh dilihat sebagai melengkapkan ulasan terdahulu tentang keberkesanan langkah-langkah tersebut.

Apa yang kami lakukan?

Pertama sekali, kami mencari sembilan pangkalan data untuk kajian-kajian yang menilai sebarang langkah yang diterapkan di persekitaran sekolah (sekolah rendah, menengah, atau kedua-duanya sekali) bagi mencegah penularan virus. Kami mengambil kira semua jenis kajian dan pelbagai hasil.

Kedua, kami kumpulkan kajian-kajian yang dikenal pasti mengikut jenis langkah yang dinilai. Kemudian, kami terangkan pendekatan yang diguna dalam kajian-kajian tersebut, lokasi pelaksanaan dan akibat tidak diingini yang dinilai.

Apa yang kami temui?

Kami mendapati 18 kajian yang memenuhi kriteria kemasukan kami. Lima kajian mengguna data ‘kehidupan sebenar’ (kajian pemerhatian); lima kajian mengguna data janaan komputer berdasarkan satu set andaian (kajian pemodelan); tiga kajian ialah kajian eksperimen (cth. berasaskan makmal); dan empat kajian mengguna kaedah kualitatif, yang bermaksud mereka menyandarkan dapatan mereka pada temuramah dengan orang. Satu kajian menggunakan kaedah campuran, menggabung maklumat berangka dan tidak berangka (kualitatif).

Kajian-kajian menilai empat jenis langkah yang berlainan, seperti berikut.

- Langkah mengurangkan kontak (4 kajian): dasar bagi mengurangkan bilangan pelajar dalam bangunan sekolah (i.e mengurangkan bilangan pelajar hadir bagi setiap kelas) dan/atau bagi mengurangkan bilangan kontak pelajar (e.g melalui kumpulan yang ditetapkan atau waktu tiba, rehat dan pulang yang tak serentak).

- Langkah bagi membuat kontak lebih selamat (14 kajian): amalan bagi memastikan kontak yang lebih selamat antara warga sekolah dengan persekitaran bilik darjah (cth. mandat pelitup muka dan peraturan penjarakan), bagi mengubahsuai persekitaran dan aktiviti (e.g. mempertingkat amalan pembersihan atau ventilasi).

- Langkah pengawasan dan respon bagi mengesan jangkitan SARS-CoV-2 (6 kajian): strategi ujian dan/atau saringan (e.g. mengambil suhu badan, ujian saringan bagi pelajar dan staf, dan ujian pelajar dan staf yang bersimptom) dan pengasingan kendiri ata langkah kuarantin.

- Langkah multikomponen (1 kajian): intervensi yang mengguna gabungan sekurang-kurangnya dua langkah di atas.

Kami melihat akibat yang tidak diingini berikut.

- Akibat pendidikan (11 kajian), cth. perubahan dalam prestasi sekolah, kemajuan ke gred seterusnya, atau perubahan dalam bilangan graduasi.

- Psikososial hasil (7 kajian), cth. kesihatan mental, kerisauan tentang pergi ke sekolah.

- Hasil kesihatan fizikal and tingkah laku kesihatan di luar COVID-19 (3 kajian), cth. ekzema tangan akibat membasuh tangan lebih kerap.

- Akibat alam sekitar (3 kajian) , cth. perubahan kualiti udara di bilik darjah.

- Akibat sosioekonomik (2 kajian), cth. beban ekonomi keluarga.

Apakah kesimpulan kami?

Kami mengenal pasti satu julat luas akibat yang tidak diingini daripada langkah-langkah berasaskan sekolah yang direka untuk mencegah penyebaran SARS‐CoV‐2. Walau bagaimanapun, dasar bukti adalah kecil, dan terdapat ruang-ruang besar di mana lebih penyelidikan lanjut diperlukan. Ulasan skop ini merupakan langkah pertama bagi menilai sejauh mana akibat ini berlaku. Lebih penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengumpul maklumat tambahan bagi membolehkan analisis bukti yang lebih teliti. Akibat psikososial (cth. isu kesihatan mental, kemurungan, kesunyian) dan akibat ekuiti dan kesamaan (cth. kerugian bagi kanak-kanak golongan berpendapatan rendah, pembahagian kerja tidak adil antara jantina bagi ibu bapa, memerlukan perhatian lanjut). Kami syorkan agar penyelidikan masa depan melihat intervensi seperti kumpulan tetap, kehadiran fizikal di sekolah berselang seli dan waktu tiba, pulang dan rehat yang berperingkat, serta langkah-langkah ujian dan kuarantin.

Sejauh mana bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga Mac 2021.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Hanis Hamdan (Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting olen Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my