Persetujuan dan Penglibatan Pengguna

Pesakit dan penjaga memain peranan penting dalam Cochrane

Cochrane menggunakan istilah pengguna untuk mewakili pesakit, penjaga dan ahli keluarga dengan pengalaman pertama dalam keadaan penjagaan kesihatan. Cochrane mempunyai sejarah yang panjang dan kaya melibatkan pengguna secara global dalam semua aspek kerja kami.

Cochrane menyokong penglibatan dan ipersetujuan dalam penyelidikan kesihatan kerana ia:

  • menggalakkan ketelusan, akauntabiliti dan kepercayaan dalam cara penyelidikan dihasilkan;
  • menghasilkan bukti yang memenuhi keperluan pengguna, mengurangkan pembaziran dalam penyelidikan, memperbaik terjemahan penyelidikan kepda polisi dan amalan, dan akhirnya membawa kepada manfaat yang lebih baik untuk sistem kesihatan dan hasil-hasil untuk pesakit;
  • konsisten dengan pendekatan penyelidikan kesihatan semasa dan dijangka atau diberi mandat oleh pembiaya, rakan kongsi dan pengguna kami.

 


Ikon: menghubungkan orang

Bagaimana kami melibatkan pengguna penjagaan kesihatan


Ikon: kumpulan orang

Penglibatan pengguna dalam amalan

  • Pengguna yang terlibat dalam tadbir urus Cochrane - Misi Eksekutif Pengguna Cochraneadalah untuk menyokong, dan menawarkan kepimpinan kepada, komuniti Cochrane tentang persetujuan dan penglibatan pengguna, dan untuk mewakili keutamaan dan kebimbangan pengguna penjagaan kesihatan (pesakit, penjaga dan orang ramai).
  • Ahli pasukan pengarang - Pengalaman hidup tentang keadaan penjagaan kesihatan, sebagai pesakit atau penjaga, boleh memberi sumbangan besar kepada persoalan penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, tafsiran data, dan penyebaran dan terjemahan pengetahuan penemuan-penemuan.
  • Ahli kumpulan penasihat - Kumpulan penasihat sediakan penyeliaan dan input di sepanjang keseluruhan proses ulasan.  Para pengarang boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan nasihat atau input apabila isu tertentu timbul semasa proses semakan.
  • Kumpulan respon pantas pengguna Covid 19 - sukarelawan global dengan pelbagai pengalaman hidup, termasuk orang yang telah pulih daripada COVID-19 dan mereka yang pernah menjadi penjaga.
  • Pengguna sebagai pengulas rakan sebaya - Ulasan rakan sebaya pengguna melibatkan pemberian maklum balas tentang protokol dan ulasan Cochrane sebelum ia diterbitkan untuk memastikan ia relevan dan boleh diakses.  Ini memastikan hasil yang lebih baik untuk pesakit.

Ikon: membaca untuk mendapatkan idea

Pembelajaran untuk persetujuan dan penglibatan pengguna

  • Bukti Penting Cochrane ialah pengenalan percuma interaktif kepada perubatan berasaskan bukti, ujian klinikal, bukti Cochrane dan melibatkan diri.
  • Melibatkan Orang adalah bukti yang dimaklumkan dan menghasilkan panduan serta sumber bersama untuk pasukan penyelidikan yang ingin melibatkan pihak berkepentingan dalam ulasan sistematik.
  • Koleksi penglibatan pengguna Cochrane termasuk webinar yang direkod, panduan ringkas dan pautan kepada pembelajaran lain untuk membantu pasukan penyelidik melibatkan pihak berkepentingan dengan cara yang bermakna.
  • Penglibatan pengguna - panduan untuk aplikasi pembiayaan menerangkan bagaimana pengguna boleh terlibat dan amalan terbaik untuk penglibatan mereka.
  • Sertai Cochrane: laluan sukarelawan untuk pesakit dan kerjaya penjagaan kesihatan.

 Ikon: dua orang yang berhubungan

Kekalkan perhubungan