Perbezaan kami buat

Ketahui bagaimana bukti Cochrane mempunyai impak global. Koleksi perbezaan Cochrane dalah satu set contoh di mana bukti Cochrane telah memberi impak kepada penjagaan kesihatan global dan dasarnya. Ia menekankan bagaimana Cochrane bekerjasama dengan pertubuhan lain seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Wikipedia; serta bagaimana bukti kami membuat perubahan kepada kehidupan seharian.

Perbezaan kami membuat koleksi


Logo kami menceritakan...

Bulatan yang dibentuk oleh bentuk dua 'C' mewakili kolobrasi global kami. Garisan pula menggambarkan ringkasan keputusan dari ulasan ikonik yang sistematik Setiap barisan mendatar mewakili keputusan satu kajian, manakala berlian mewakili hasil gabungan keputusan, anggaran terbaik kami sama ada rawatan adalah berkesan atau berbahaya. Berlian berada di sebelah kiri garis menegak mewakili "tiada perbezaan", oleh itu bukti menunjukkan bahawa rawatan adalah berfaedah. Kami memanggil perlambangan ini sebagai plot hutan Plot hutan di dalam logo kami menggambarkan contoh potensi untuk ulasan sistematik bagi menambah baik penjagaan kesihatan. Ia menunjukkan bahawa apabila kortikosteroid diberikan kepada wanita yang akan melahirkan bayi sebelum cukup tempoh kehamilan boleh menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Walaupun beberapa ujian menunjukkan manfaat kortikosteroid, penggunaan rawatan ini dalam kalangan pakar obstetrik adalah perlahan. Ulasan sistematik (asalnya diterbitkan oleh Crowley et al. dan seterusnya dikemaskini) berpengaruh dalam meningkatkan penggunaan rawatan ini. Intervensi mudah ini mungkin telah menyelamatkan beribu bayi pramatang.

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan logo Cochrane, sila layari halaman 'Logo dan dasar pengendosan’ kami di laman sesawang Cochrane Masyarakat.


Nama Cochrane

Cochrane dinamakan sebagai penghormatan kepada Archie Cochrane, seorang penyelidik perubatan British yang banyak menyumbang kepada pembangunan epidemiologi sebagai sains.