Strategi untuk dunia yang lebih bukti termaklum

Strategi untuk dunia yang lebih bukti termaklum

Mempelbagai dan bekerjasama untuk menangani cabaran kesihatan terbesar

Kerjasama Cochrane telah menghasilkan bukti kesihatan yang dipercayai dan berkualiti tinggi selama lebih 30 tahun dan dunia telah banyak berubah dalam tempoh itu. Cochrane terus berkembang untuk memenuhi keperluan pengguna bukti yang berubah-ubah di seluruh dunia, daripada penetap garis panduan dan profesional perubatan hingga pesakit dan keluarga mereka.

Untuk tempoh empat tahun seterusnya, kami akan tumpukan usaha di mana keperluan untuk bukti tersintesis bagi membawa manfaat kepada seramai mungkin orang. Strategi saintifik yang kami sasarkan untuk diterbitkan pada penghujung tahun 2024, akan mengenal pasti dan mengutamakan isu kesihatan yang paling mendesak di mana Cochrane boleh membuat perubahan yang tulen. Ini akan menjelaskan hala tuju saintifik masa depan kami dan menyumbang kepada strategi yang lebih meluas untuk dunia yang lebih bukti termaklum.

Kami akan kembangkan kerja kami untuk membantu lebih ramai orang di seluruh dunia, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana, untuk menyumbang dan memberi manfaat bukti kesihatan berkualiti tinggi yang relevan kepada kehidupan mereka. Kami ingin melihat dunia di mana orang yang membuat keputusan kesihatan di semua peringkat mempunyai akses kepada bukti yang relevan dan tepat pada masa, dan dilengkapi dengan pengetahuan dan kepakaran untuk mentafsir dan menterjemahnya menjadi amalan. Dengan menyertakan bukti termaklum secara global, kami harap dapat membantu menyelamatkan dan memperbaik kehidupan di seluruh dunia.

Strategi kami disokong oleh empat matlamat utama:

Menghasilkan bukti relevan yang tepat pada masa untuk dan kepada mereka yang paling memerlukannya

Untuk mencapainya kami akan:

  • Utamakan bukti yang membantu mereka yang paling memerlukan, melalui strategi saintifik kami
  • Memperkemas dan memudahkan pengeluaran bukti
  • Membangun kaedah baharu untuk menangani isu-isu yang timbul
  • Menjuarai penyelidikan berintegriti dan telus
 

Menyelamatkan dan memperbaik kehidupan dengan memastikan semua orang boleh menyumbang dan mendapat manfaat daripada bukti yang dipercayai

Untuk mencapainya kami akan:

  • Sampaikan bukti kami kepada orang yang memerlukannya
  • Jadikan bukti kami lebih mudah diakses dan boleh diguna secara global
  • Kenal pasti dan tangani halangan-halangan penyertaan yang saksama
  • Meningkatkan penglibatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana
 

Bekerjasama secara lokal dan global untuk mengukuhkan komuniti dan meningkatkan impak

Untuk mencapainya kami akan:

  • Bekerjasama dengan rakan kongsi di semua peringkat untuk menyertakan pendekatan bukti termaklum
  • Memperkukuh kapasiti sintesis bukti di negara berpendapatan rendah dan sederhana
  • Memudahkan lebih kerjasama antara kumpulan-kumpulan Cochrane
  • Menyokong penyertaan pesakit dan orang ramai dalam menghasilkan dan mengguna bukti
 

Melindungi kemampanan jangka panjang kami

Untuk mencapainya kami akan:

  • Melakar laluan mampan untuk akses terbuka
  • Mengembangkan dan mempelbagaikan pendapatan
  • Menjadikan Cochrane tempat yang hebat untuk bekerja
  • Mengoptimumkan sistem dan proses kami

Kami percaya strategi bercita-cita tinggi ini akan membantu untuk memangkin langkah perubahan dalam komuniti sintesis bukti, memajukan ekuiti kesihatan global dan mendemokrasikan pengeluaran bukti. Kami sedar Cochrane hanyalah satu organisasi dalam dunia yang kompleks dan cepat berubah, jadi kami perlu bekerjasama secara kolaboratif dengan orang dan organisasi di seluruh dunia untuk menjadikan strategi kami satu realiti. Setiap orang berperanan untuk menjayakan dunia yang lebih bukti termaklum dan kami harap anda akan menyertai kami dalam perjalanan ini.


Muat turun

Muat turun versi PDF

Klik untuk membaca strategi perubahan penuh

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Strategi untuk Perubahan, dan pelan-pelan dan prioriti spesifik kami untuk tahun ini, di laman web Komunitikami.

Tutup