Syarat dan terma menjelaskan ekpektasi anda daripada Cochrane ("kami" atau "kami") dari segi perkhidmatan atau manfaat-manfaat yang disediakan untuk ahli ("you"). Ia juga menjelaskan peraturan-peraturan yang harus anda persetujui untuk mendapat keahlian Cochrane.
Asosiasi artikel-artikel Cochrane menjelaskan definisi dan spesifikasi legal keahlian kami. Syarat-syarat dan terma ini menyediakan butir praktikal untuk Ahli-ahli, tetapi ia tidak menggantikan Asosiasi artikel-artikel.
Cochrane adalah badan Amal UK nombor 1045921, yang mana pejabat berdaftar adalah di 11-13 Cavendish Square, London, W1G 0AN, United Kingdom.
1. Definisi keahlian
"Ahli" Cochrane adalah seseorang individu yang memenuhi kriteria kelayakan yang dijelaskan dalam perenggan 2 syarat-syarat dan terma-terma dan telah mengesahkan penerimaan syarat dan terma ini.
2. Kelayakan untuk menjadi ahli
Kami mengendalikan sistem keahlian berasaskan sumbangan. Anda layak untuk menjadi Ahli Cochrane untuk tempoh-masa tertentu sebaik sahaja anda telah melengkapkan bilangan beberapa aktiviti yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang diperlukan dihuraikan di ambang Keahlian kami.
Keahlian Cochrane adalah terbuka kepada sesiapa yang telah mencapai ambang keahlian yang diperlukan, kecuali mereka yang sedang berkhidmat dengan:
- Syarikat farmaseutikal; dan
- Syarikat peranti perubatan
Pekerja-pekerja yang bekerja dalam industri ini dianggap mempunyai potensi percanggahan kepentingan dalam kerja-kerja di Cochrane dan oleh itu mereka tidak layak untuk menjadi Ahli Cochrane. Kami berhak untuk mengemaskini dan memperluaskan kriteria kelayakan selaras dengan perenggan 12 daripada syarat-syarat dan terma ini.
3. Komitmen ahli
Dengan penerimaan keahlian anda akan:
- Sanggup untuk mematuhi peraturan, prinsip-prinsip, dasar dan peraturan Cochrane seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Pentadbiran
- Mengesahkan bahawa anda layak untuk menjadi ahli seperti yang dijelaskan dalam perenggan 2 syarat-syarat dan terma-terma, dan bahawa anda akan memaklumkan kepada kami sekiranya, kelak, anda tidak layak.
- Menyediakan kami dengan persetujuan yang sesuai untuk mengendali maklumat peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data 1998 UK, seperti yang dinyatakan dalam dasar perlindungan datakami.
4. Keahlian hendaklah diperolehi
Keahlian adalah pengiktirafan sumbangan anda kepada Cochrane. Adalah tidak mungkin untuk membayar demi mendapatkan keahlian; anda hanya boleh mendapatkan keahlian melalui sumbangan.
5. Manfaat ahli
Manfaat-manfaat semasa termasuklah, tetapi tidak semestinya terhad kepada:
- Hak untuk jawatan pentadbiran internal.
- Hak untuk mengundi dalam pilihanraya Cochrane dan di mesyuarat agung. Setiap ahli mempunyai satu undi.
- Komunikasi ahli
Manfaat tidak boleh dipindah milik.
6. Komunikasi ahli
Sebagai ahli anda akan menerima keahlian buletin emel yang akan merangkumi maklumat penting mengenai jawatan-jawatan pentadbiran internal yang sedia ada, pengundian, AGM dan maklumat lain yang berkaitan dengan keahlian anda.
Kami juga akan menghantar emel mengenai keahlian anda, contohnya peringatan untuk melengkapkan sumbangan bagi mengekalkan keahlian anda, jika anda layak untuk kEAHLIAN satu penggal lagi atau jika keahlian anda telah tamat tempoh.
7. Tempoh keahlian
Keahlian adalah terhad kepada masa. Terma-terma keahlian bergantung kepada sumbangan yang dibuat seperti tertera di Ambang keahlian kami. Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu tentang keahlian yang akan tamat tempoh supaya boleh membuat sumbangan untuk mengekalkan status keahlian anda. Jika keahlian anda tamat anda tidak lagi layak untuk manfaat-manfaat keahlian seperti yang dijelaskan dalam perenggan 5 Syarat-syarat dan Terma-terma ini.
8. Hak kami untuk menolak atau menarik balik Keahlian
Selaras dengan klausa 4 kami Asosiasi Artikel, Lembaga Pentadbiran berhak untuk menolak atau menarik balik keahlian seseorang individu
9. Hak anda untuk menamatkan Keahlian anda
Anda boleh membatalkan keahlian pada bila-bila masa dengan menghubungi membership@cochrane.org. Apabila keahlian anda dibatalkan, anda tidak lagi layak untuk manfaat-manfaat keahlian seperti yang dijelaskan dalam perenggan 5 Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
10. Kebolehpindahan
Keahlian adalah tidak boleh dipindah milik.
11. Pertanyaan, komen dan aduan
Matlamat kami adalah untuk respon kepada sebarang pertanyaan atau aduan yang diterima dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Ini mungkin adalah pengiktirafan bahawa kami telah menerima pertanyaan atau aduan anda sementara siasatan lanjut dijalankan.
Anda boleh hubungi kami:
- melalui e-mel: membership@cochrane.org;
- melalui telefon: +44(0)207 183 7503 (talian terbuka Isnin - Jumaat 9pg-5ptg waktu UK) (tidak termasuk cuti umum UK); atau
- melalui pos: Cochrane, 11-13 Cavendish Square, London, W1G 0AN, UK.
12. Variasi
Kita mungkin mengubah Syarat-syarat dan terma ini pada bila-bila masa setelah memberi anda notis bertulis 14 hari. Edisi terbaharu Syarat-syarat dan terma ini sah untuk semua ahli.