Kami masih menunggu bukti yang kukuh ke atas penggunaan ubat herba cina dalam rawatan penyakit kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin. Walaupun penggunaan ubat-ubatan herba untuk rawatan penyakit kencing manis mempunyai sejarah yang panjang, terutamanya di Timur, bukti semasa tidak dapat menjamin sokongan penggunaan ubat-ubatan herba sebagai amalan klinikal rutin. Kajian sistematik ini menilai kesan-kesan pelbagai ubat herba (termasuk ubat herba tunggal atau campuran pelbagai jenis herba) dalam rawatan mereka yang menghidapi penyakit kencing manis (jenis 2). Kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ubat herba telah menurunkan gula darah serta melegakan gejala-gejala dalam pesakit kencing manis. Walaubagaimanapun. kualiti metodologi dalam ujian klinikal yang menilai herba-herba ini adalah secara umumnya adalah lemah. Analisa juga menunjukkan bahawa ujian-ujian bersertakan penemuan positif adalah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan kesan yang berlebihan. Walaubagaimanapun, ujian-ujian tersebut tidak melaporkan sebarang kesan buruk. Kesimpulannya, penggunaan rutin ubat-ubatan herba tidak harus disyorkan kepada pesakit kencing manis jenis 2 sehingga ujian-ujian yang lebih saintifik dijalankan. Ujian herba-herba tersebut dalam kajian-kajiann yang berskala lebih besar serta direka lebih baik amat diperlukan bagi mendapatkan bukti yang kukuh dalam pengunaan herba-herba tersebut.
Diterjemahkan oleh Yap Kar Suan (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi dk_520_emily@hotmail.com