Tambahan antioksidan tidak boleh disyorkan bagi pencegahan kanser gastrousus

Badan kita tidak boleh menghasilkan semua unsur bahan yang penting untuk kesihatan. Oleh itu, unsur-unsur itu perlu diambil melalui pemakanan. Stres oksidatif bolehmenyebabkan kerosakan sel seperti yang membabitkan penyakit kronik seperti kanser. Kanser gastrousus merupakan kanser yang paling kerap didapati di seluruh dunia. Prognosis yang buruk ke atas pesakit kanser gastrousus membuatkan pencegahan primer satu pendekatan menarik yang berpotensi. Bukti-bukti sama ada tambahan antioksidan berkesan untuk mengurangkan kanser gastrousus bercanggah antara sama satu lain.

Dalam ulasan ini, pencegahan dengan tambahan antioksidan bagi kanser esofagus, perut, usus kecil, usus besar, pankreas, hati and saluran hempedu dinilai. Ulasan ini merangkumi 20 kajian klinikal rambang. Sejumlah 211,818 peserta secara rambang telah diberi sama ada tambahan antioksidan (beta-carotene, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan selenium) atau plasebo. Kualiti kajian ini sangat baik.

Berdasarkan kajian klinikal rambang yang direka bentuk dan dilaksanakan dengan baik ini, bukti-bukti yang meyakinkan bahawa beta-carotene, vitamin A, vitamin C dan vitamin E atau kombinasi mereka dapat mencegah kanser gastrousus tidak ditemui. Sejumlah 2057 daripada 95084 peserta (2.2%) yang mengambil tambahan antioksidan dan 1548 daripada 78935 peserta (2.0%) yang mengambil plasebo secara rambang menghidapi kanser gastrousus. Tambahan antioksidan ini bahkan meningkatkan mortaliti. Sejumlah 17114 daripada 122,501 peserta (14.0%) yang mengambil tambahan antioksidan dan sebanyak 8799 daripada 78693 peserta (11.2%) yang mengambil plasebo meninggal dunia. Selenium sahaja yang mungkin dapat mencegah kanser gastrousus. Penemuan ini, walau bagaimanapun, berdasarkan kajian yang terdapat kecacatan dalam reka bentuk mereka dan memerlukan pengesahan dengan kajian klinikal rambang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wilson Wai Sheng (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wilson_cws8888@hotmail.com.

Tools
Information