Soalan ulasan
Adakah peningkatan permintaan, akses vaksinasi, dan aktiviti penyedia meningkatkan kadar vaksinasi influenza bagi orang yang berumur 60 tahun dan lebih yang tinggal dalam komuniti?
Latar belakang
Kadar vaksinasi adalah merentasi negara dan kumpulan berisiko sosioekonomi dan kesihatan.
Tarikh carian
Bukti ini adalah terkini sehingga 7 Disember 2017.
Ciri-ciri kajian
Kami merangkumkan tiga kajian baru (15,993 peserta) untuk kemas kini ini; ulasan ini kini merangkumi sejumlah 61 kajian dengan 1,055,337 peserta. Semua peserta berumur 60 tahun atau lebih tua, tinggal dalam komuniti.
Sumber pembiayaan kajian
Organisasi-organisasi kesihatan kerajaan telah membiayai 33 kajian; yayasan-yayasan telah membiayai 9 kajian; organisasi-organisasi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam kajian telah membiayai 3 kajian; dan syarikat farmaseutikal yang menawarkan vaksin-vaksin percuma telah membiayai 1 kajian. Lima belas kajian tidak melaporkan apa-apa sumber pembiayaan.
Keputusan-keputusan utama
Meningkatkan permintaan komuniti untuk vaksinasi (12 strategi, 41 kajian, 767,460 peserta)
Intervensi-intervensi yang berkesan terdiri daripada peringatan menggunakan surat dan risalah, dan jururawat atau ahli farmasi mendidik dan jururawat memberi vaksin kepada pesakit. Kajian-kajian individu yang berkesan terdiri daripada jangkaun klien oleh guru yang telah bersara, penyambut tetamu, jururawat, dan pelajar perubatan.
Adalah tidak mungkin untuk menggabungkan beberapa intervensi untuk analisis kerana mereka terlalu bervariasi: 17 kajian tentang peringatan mudah (11 dengan hasil yang ketara); 16 kajian tentang peringatan peribadi (12 dengan hasil yang ketara); dua kajian surat-surat yang dibuat khas berbanding surat-surat mengikut format (kedua-duanya mempunyai hasil yang ketara); dan empat kajian penilaian risiko kesihatan serta cadangan vaksinasi (semuanya dengan hasil yang ketara).
Meningkatkan akses vaksinasi (6 strategi, 8 kajian, 9353 peserta)
Intervensi-intervensi yang berkesan terdiri daripada lawatan ke rumah, lawatan kumpulan klien ke klinik, dan tawaran vaksin percuma.
Meningkatkan penyediaan oleh penyedia atau sistem penjagaan kesihatan (11 strategi, 15 kajian, 278,524 peserta)
Intervensi-intervensi berkesan yang dapat digabungkan untuk analisis termasuk pembayaran doktor, peringatan doktor, poster klinik yang mendorong persaingan doktor, dan ulasan carta berserta kadar menanda aras bagi 10% doktor terbaik. Kami tidak dapat menganalisis beberapa kumpulan intervensi: peringatan doktor (empat kajian, dua di antaranya berkesan) dan galakan vaksinasi oleh fasilitator (tiga kajian, dua di antaranya berkesan).
Kajian-kajian individu yang tidak berkesan terdiri daripada poster bersama poskad berbanding poster sahaja, peringatan pendidikan kepada doktor berbanding dengan bahan pendidikan yang dihantar, jangkauan pendidikan serta maklum balas kepada pasukan berbanding maklum balas bertulis, dan peningkatan kadar vaksinasi staf.
Tidak ada kajian yang mengukur jika intervensi mengurangkan penyakit atau kemasukan ke hospital atau melaporkan intervensi tahap sosial.
Kualiti bukti
Secara keseluruhannya, kami telah menilai kajian-kajian yang dimasukkan sebagai berisiko sederhana untuk bias. Penilaian keseluruhan GRADE bagi bukti tersebut adalah berkualiti tinggi hingga sederhana.
Diterjemahkan oleh Amirul Mohd Sallehuddin Mannan (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my