Indeks glisemik rendah, atau beban glisemik rendah, pemakanan untuk kencing manis

Faktor pemakanan mempengaruhi tahap gula darah, tetapi tiada pendekatan strategi universal berkenaan pemakanan optimum pada masa ini bagi penyakit kencing manis. Makanan karbohidrat yang berbeza mempunyai kesan yang berbeza ke atas glukosa darah dan boleh disusun mengikut kesan keseluruhan pada tahap glukosa darah yang menggunakan indeks glisemik kononnya. Memberikan bekalan glukos secara berkala ke dalam aliran darah dan seterusnya mengurangkan rangsangan pengeluaran insulin, makanan indeks glikaemik rendah seperti lentil, kacang dan oat, boleh menyumbang kepada kawalan gula yang lebih baik, berbanding dengan makanan indeks glisemik yang tinggi seperti roti putih. Beban glisemik mewakili kesan glisemik keseluruhan pemakanan dan dikira dengan mendarabkan indeks glisemik dengan gram karbohidrat.

Kami mengenalpasti sebelas ujikaji rawak terkawal yang berkaitan, berpanjangan daripada 1 hingga 12 bulan dan melibatkan 402 peserta. Metabolik kawalan [diukur oleh glycated tahap hemoglobin A1c (HbA1c), ukuran jangka panjang kadar glukosa darah] menurun sebanyak 0.5% HbA1c dengan pemakanan indeks glikaemik yang rendah, yang signifikan dari segi statistik dan klinikal. Episod hipoglisemik ketara menurun dengan pemakanan indeks glisemik berbanding pemakanan indeks glisemik yang tinggi. Tiada kajian yang melaporkan kematian, kesakitan atau kos.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information