Bolehkah kita membantu para perokok meningkatkan penggunaan ubat-ubatan berhenti merokok?

Latar belakang

Ubat-ubatan direka bagi memudahkan para perokok berhenti merokok, seperti terapi gantian nikotin (NRT), Bupropion dan Varenicline, adalah selamat dan berjaya membantu perokok untuk berhenti. Namun begitu, kebiasaannya orang tidak mengikut arahan ubatan dengan betul, menyebabkan kesan ubatan tidak berfungsi sebagus yang sepatutnya. Hal demikian mungkin mengurangkan peluang bagi seseorang untuk terus berhenti merokok. Dalam kajian ini, kami melihat sama ada terdapat cara-cara bagi membantu orang ramai menggunakan ubat-ubatan berhenti merokok dengan betul, dan sama ada ini dapat menjadikan seseorang lebih cenderung untuk berhenti merokok.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian sehingga September 2018, dan kami mendapati 10 kajian, melibatkan 3655 orang. Mereka semua merupakan perokok, berumur 18 tahun dan ke atas. Kajian-kajian tersebut mengkaji cara yang berbeza untuk membantu orang menggunakan ubat berhenti merokok dengan betul. Secara amnya ini bermaksud menyediakan maklumat tambahan tentang ubat-ubatan atau membantu orang ramai untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi apabila mengambil ubatan berhenti merokok. Satu kajian memberikan sokongan melalui telefon, dan selebihnya menyediakan sekurang-kurangnya beberapa sokongan secara bersemuka. Semua kajian yang terlibat mengukur jumlah ubat-ubatan yang mereka digunakan dan semua kecuali satu kajian mengukur berapa ramai yang berhenti merokok.

Keputusan utama

Mereka yang menerima bantuan penggunaan ubatan berhenti merokok menggunakan ubatan mereka lebih sedikit berbanding mereka yang tidak menerima bantuan. Terdapat beberapa bukti bahawa ini turut menyebabkan agak ramai sedikit orang berhenti merokok.

Kualiti bukti kajian

Bukti menunjukkan bahawa membantu mereka meningkatkan penggunaan ubatan berhenti merokok dapat meningkatkan penggunaan ubatan adalah bukti berkualiti sederhana, bermaksud bukti tambahan dapat menjadikan kita lebih pasti akan kesan ini. Ini adalah kerana terdapat beberapa masalah dengan cara sebahagian kajian yang terlibat. Bukti yang mencadangkan bahawa pendekatan untuk meningkatkan penggunaan ubatan berhenti merokok dapat membantu lebih ramai orang berhenti merokok merupakan bukti berkualiti lemah, ini bererti bahawa kami tidak yakin bahawa sokongan tambahan bagi meningkatkan penggunaan ubatan berhenti merokok dapat membantu lebih ramai orang untuk berhenti dan bukti lanjut mungkin dapat mengukuhkan keyakinan kita terhadap kesan ini. Ini adalah kerana terdapat beberapa masalah dengan sebahagian cara kajian dan kerana ianya tidak jelas sama ada dengan menyediakan sokongan tambahan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan ubatan menyebabkan lebih ramai atau lebih sedikit orang yang berjaya berhenti merokok.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nur Syafiah Syazwani Binti Abdul Manap (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information