Berpuasa untuk haemostasis pada kanak-kanak yang mengalami pendarahan gastrousus

Soalan ulasan

Untuk menentukan kesan dan keselamatan puasa untuk haemostasis pada kanak-kanak yang mengalami pendarahan gastrousus.

Latar belakang

Pendarahan gastrousus merujuk kepada kehilangan darah dari mana-mana tapak saluran pencernaan. Jika tapak pendarahan berhampiran dengan ligamen Treitz (otot yang meluas dari persimpangan duodenum dan jejunum ke diafragma), ia digambarkan sebagai pendarahan gastrousus bahagian atas. Jika tapak pendarahan jauh dari ligamen Treitz, ia digambarkan sebagai pendarahan gastrousus bahagian rendah. Pesakit dengan kehilangan darah minima mungkin tidak mempunyai gejala, tetapi megalami muntah berdarah atau melihat darah di dalam najis dengan pendarahan meningkat. Pendarahan gastrousus kronik yang ringan boleh menyebabkan anemia, menyebabkan keletihan atau kepucatan; Pendarahan gastrousus besar akut boleh mengancam nyawa.

Pendarahan gastrousus mempunyai dua senario di kalangan kanak-kanak. Yang pertama adalah menghadiri Jabatan kecemasan dengan tanda-tanda penyakit seperti ulser, gastrik, Mallory-Weiss tear, anortum fisur, alahan kolitis, jangkitan kolitis, intussusception, Henoch-Schonlein purpura, dan Meckel diverkulasi. Yang kedua terjadi pada kanak-kanak yang sakit kritikal yang dimasukkan ke hospital dalam unit rawatan intensif dan disebabkan oleh tekanan yang dialami. Kejadian senario pertama tidak dikenalpastikan dengan baik, tetapi terdapat kes yang besar dalam unit rawatan rapi Pediatrik dalam senario kedua. Apa pun punca pendarahan gastrousus, berpuasa dipercayai perlu kerana memilki risiko makanan boleh menjejaskan haemostasis atau memburukkan lagi pendarahan.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari EBM Ulasan-Cochrane Pusat Daftar ujian terkawal (Pusat) (Mei 2016), Ovid MEDLINE (R) (1946 kepada 3 Mei 2016), EMBASE (1980 kepada 2016 minggu 18), pangkalan data Bioperubatan Cina (CBM) (1978 hingga 3 Mei 2016), infrastruktur pengetahuan Kebangsaan China (CNKI ) (1979 hingga 3 Mei 2016), pangkalan data VIP (1989 hingga 4 Mei 2016) dan Wanfang data (1990 hingga 4 Mei 2016). Kami tidak menggunakan sekatan terhadap Bahasa atau tetapan kajian dan carian terhad dalam CNKI dan Wanfang data ke medan perubatan.

Kami tidak mencari apa-apa ujian percubaan rawak terkawal atau kuasi- percubaan rawak terkawal yang memberikan maklumat mengenai kesan dan keselamatan berpuasa untuk haemostasis di kanak-kanak dengan pendarahan gastrousus.

Keputusan utama

Satu kajian rawak terkawal diperlukan untuk membandingkan kesan dan keselamatan berpuasa dengan memberi makanan untuk haemostasis di dalam kanak-kanak dengan pendarahan gastrousus, terutama bagi kanak-kanak kritikal, yang berisiko tinggi untuk pendarahan gastrousus.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information