Soalan Ulasan
Adakah bayi yang kembung perut menunjukkan pemulihan apabila ibu yang menyusu mematuhi pemakanan yang mengandungi allergen yang rendah ataupun apabila bayi diberi susu yang berformula khas?
Latar Belakang
Kembung perut ialah masalah yang biasanya ditimbulkan dalam kalangan bayi yang sihat pada tiga bulan pertama. Ciri-ciri kembung perut merangkumi tangisan bayi yang tidak dapat diberhentikan sepanjang sekurang-kurangnya tiga jam sehari bagi sekurang-kurangnya tiga hari seminggu dan bagi sekurang-kurangnya tiga minggu.
Ibu bapa yang menghadapi masalah bayi tersebut boleh berasa tertekan.
Perubahan makanan seperti pengecualian susu lembu daripada pemakanan ibu yang menyusu ataupun penggantian susu yang berformula khas untuk bayi dengan susu berformula khas yang berasaskan soya dijangka dapat mengurangkan simptom kembung perut.
Ciri-ciri Kajian
Kami menemui 15 kajian rawak terkawal (RCTs), sejenis pengajian di mana para peserta akan dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan dan kajian ini melibatkan sejumlah 1121 bayi yang menghadapi kembung perut. Bukti adalah terkini sehingga Julai 2018.
Bayi (seimbang antara lelaki dan perempuan) adalah berumur kurang daripada tiga bulans.
Keputusan-keputusan utama
Kebanyakan kajian melaporkan data selepas keputusan-keputusan digabungkan: tempoh tangisan bayi, jumlah responden dalam kumpulan tertentu selepas menerima perawatan (Contoh :Seseorang bayi yang menunjukkan pengurangan jumlah tangisan harian), ataupun kekerapan tangisan bayi. Kami membentangkan penemuan ini di bawah. Tiada kajian yang melaporkan kualiti hidup keluarga, tidur bayi ataupun kepuasan ibu bapa. Sebanyak enam kajian yang melaporkan bahawa perubahan pemakanan tidak akan menyebabkan mana-mana kesan sampingan.
Pemakanan yang mengandungi allergen yang rendah
Satu kajian (90 bayi) mendapati bahawa bayi yang disusui akan menunjukkan tindak balas yang baik jika ibunya mematuhi pemakanan yang mengandungi allergen yang rendah jika dibandingkan dengan bayi disusui oleh ibunya yang makan makanan biasa yang dipercayai mengandungi allergen yang tinggi.
Lagi satu kajian (120 bayi) mendapati bahawa tiada perbezaan yang besar dalam kalangan bayi yang disusui oleh ibunya yang mematuhi pemakanan yang mengandungi allergen yang rendah (10/16,62.5%) dengan bayi yang diberikan susu berformula khas yang berasakan soya (29/44, 65.9%). Walau bagaimanapun, para penyelidik mendapati bahawa bayi yang disusu memberikan tindak balas yang baik apabila diberikan dicyclomine hydrochloride (salah satu jenis ubat untuk merawati kejang perut) jika dibandingkan dengan bayi yang diberikan susu yang berformula khas.
Susu berformula yang dihidrolisis
Satu kajian (43 bayi) didapati bahawa tiada perbezaan jelas dalam menyelesaikan gejala kolikmenyelesaikan kembong perut di antara kumpulan yang diberikan susu berformula yand dihidrolisis dan kumpulan yang diberikan susu lembu biasa. Mereka juga melaporkan pengurangan tempoh tangisan dalam kumpulan bayi yang diberikan berformula yang dihidrolisis dan tidak melaporkan kesan buruk.
Kajian yang ketga (21 bayi) melaporkan bahawa bayi akan mengurangkan tangisan mereka jika ibu bapa mereka diberikan maklumat dan sokongan jika berbanding dengan bayi yang diberikan susu berformula hidrolisis ataupun susu lembu dan pemakanan yang mengecualikan soya (dalam tempoh sembilan hari).
Kajian yang keempat (267 bayi) mendapati bahawa kedua-dua susu yang berformula hidrolisis yang dicampurkan dengan oligosakerida (karbohidrat) dan susu yang berformula biasa yang dicampurkan dengan simethicone (sejenis ubat bagi merawati gejala udara dalam perut) dapat mengurangkan kembung perut selepas tujuh hari, tetapi kesannya lebih besar bagi susu hidrolisasi yang ditambahkan dengan oligosakarida selepas dua minggu. Penulis kajian mengesahkan tidak ada kesan buruk.
Tambahan enzim laktase
Tiga kajian (138 bayi) menguji kesan-kesan selepas menambahkan laktase (enzim yang membantu memecahkan laktose (gula) dalam susu) ke dalam susu bayi. Tiada kesan buruk dalam mana-mana kajian.
Fennel, chamomile dan ekstrak balsem limau
Satu kajian (93 bayi) mendapati bahawa purata masa menangis bagi bayi yang disusu telah mengurang dalam tempoh perawatan sepanjang satu minggu dengan penggunaan fennel, chamomile dan ekstrak balsem limau. Tiada kesan buruki.
Formula soya yang berasaskan protein
Satu kajian (19 bayi) mendapati bahawa formula susu soya dapat mengurangkan masa tangisan dan meningkatkan jumlah orang bayi yang memberikan tindak balas. Akan tetapi, panduan antarabangsa tidak menyokong penggunaan susu soya kerana penggunaan susu soya akan memberikan kesan-kesan negatif kepada hormon bayi, jadi keputusan-keputusan tersebut tidak bererti.
Kualiti bukti
Kebanyakan kajian hanya melibatkan jumlah golongan peserta yang kecil dan kualiti mereka juga tidak begitu baik. Kami tidak dapat mencari bukti bagi keberkesannan dalam perubahan pemakanan. Walapun ada kajian yang melaporkan kebaikannya, bukti ini tidak cukup dan jadi tidak bermakna.
Kesimpulan
Dengan berbekalkan bukti yang dipaparkan, kami tidak dapat menyesyorkan mana-mana perubahan pemakanan yang dikaji dalam ulasan ini kepada pembaca.
Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my