Apakah cara yang paling berkesan dan selamat untuk memberi antibiotik untuk mencegah jangkitan bagi wanita yang menjalani pembedahan caesarean

Apakah isunya?

Pembedahan caesarean meningkatkan risiko jangkitan berbanding kelahiran normal dengan kadar lima hingga 20 kali ganda. Jangkitan boleh terjadi pada hirisan pembedahan, lapisan rahim, dan di dalam pelvis. Pakar perubatan berusaha untuk mencegah jangkitan ini dengan langkah-langkah yang berbeza termasuk antibiotik profilaksis (pencegahan).

Mengapakah ini penting?

Antibiotik boleh diberikan melalui beberapa cara yang berbeza termasuk secara mulut, suntikan ke dalam urat atau dengan mencuci di dalam rahim dan tempat pembedahan dengan larutan saline yang mengandungi antibiotik. Kami menilai manfaat dan risiko pelbagai cara pemberian antibiotik profilaksis bagi mencegah jangkitan pada wanita yang menjalani caesarean.

Apakah bukti yang telah kami temui?

Kami mencari bukti daripada kajian rawak terkawal pada 6 Januari 2016 dan menemui 10 kajian (melibatkan jumlah keseluruhan 1354 wanita).

Sembilan kajian (1274 wanita) membandingkan pemberian antibiotik intravena dengan irigasi antibiotik (mencuci dengan larutan saline yang mengandungi antibiotik). Kedua-dua cara pemberian memberikan keputusanl yang serupa pada hasil penting termasuk jangkitan rahim. ( bukti berkualiti rendah ) dan jangkitan luka ( sangat bukti berkualiti rendah ). Kajian-kajian tersebut tidak melaporkan mengenai jangkitan darah pada bayi baru lahir (sepsis). Bilangan wanita yang mempunyai jangkitan saluran kencing ( sangat bukti berkualiti sangat rendah ), komplikasi berjangkit yang serius ( bukti kualiti sangat rendah ) atau demam selepas kelahiran ( sangat bukti berkualiti sangat rendah ) juga tidak jelas berbeza antara kumpulan. Tiada perbezaan yang jelas antara kumpulan dari segi tempoh berapa lama wanita tinggal di hospital dan tiada data dilaporkan tentang bilangan wanita yang dimasukkan semula ke hospital. Tiada wanita yang mengalami reaksi alahan terhadap antibiotik ( bukti yang sangat rendah kualitinya ) dalam tiga kajian yang melaporkan hasil ini. Tiada satu pun kajian yang melaporkan maklumat mengenai sama ada bayi mengalami sebarang reaksi buruk segara terhadap antibiotik.

Tedapat satu kajian (melibatkan 80 wanita) membandingkan pemberian antibiotik intravena dengan pengambilan antibiotik secara oral tetapi ia tidak melaporkan sebarang hasil ulasan ini.

Apakah maksudnya?

Kajian-kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini tidak melaporkan dengan jelas bagaimana kajian tersebut dijalankan dan data hasil adalah tidak lengkap. Terlalu sedikit wanita yang dimasukkan dalam setiap kajian untuk bilangan kejadian yang mencukupi bagi melihat perbezaan yang jelas dalam hasil antara kedua-dua kumpulan wanita. Ini bermakna bukti adalah berkualiti rendah. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam tafsiran dan kebolehgeneralisasian keputusan.

Kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan cara pemberian antibiotik pencegahan yang paling selamat dan berkesan. Kajian sedemikian sepatutnya menilai antibiotik yang tersedia baru-baru ini dan mempertimbangkan kemungkinan kesan sampingan yang mungkin timbul bagi bayi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Kien How (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Lai Nai Ming, Taylor’s University School of Medicine, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information