Apakah isunya?
Ulasan Cochrane sebelumnya berkenaan senaman untuk wanita hamil yang mengidapi diabetes termasuk wanita dengan penyakit kencing manis sebelum itu dan wanita dengan diabetes gestasi. Ulasan tersebut telah dibahagikan ke dalam dua ulasan baru mengenai: senaman untuk wanita hamil dengan diabetes gestasi (ulasan ini) dan senaman untuk wanita dengan penyakit kencing manis sebelum itu (dalam ulasan baru yang lain).
Terdapat persamaan dalam latar belakang, kaedah dan hasil antara dua sistematik ulasan ini.
Diabetes gestasi (GDM), atau kencing manis semasa hamil, mempunyai kedua-dua komplikasi jangka pendek dan jangka panjang untuk ibu dan bayi. Wanita dengan GDM mempunyai peluang yang tinggi mengidapi tekanan darah tinggi atau praeklampsia semasa mengandung, mempunyai kelahiran teraruh, melahirkan dengan secara pembedahan caeserean, dan mengalami trauma perineal. Dalam jangka panjang, sehingga separuh wanita yang menghidap GDM akan berisiko untuk menghidap kencing manis jenis 2. Bayi-bayi mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk lahir besar daripada umur, mengalami kecederaan kelahiran dan dimasukkan ke unit rawatan rapi neonatal. Mereka juga adalah lebih berisiko untuk menghidapi sindrom metabolik di zaman kanak-kanak dan kehidupan pada masa hadapan.
Mengapa ini penting?
Senaman boleh membantu dalam kawalan tahap gula dalam darah dan meningkatkan hasil untuk ibu dan bayi, mungkin membawa kepada manfaat kesihatan jangka panjang. Aktiviti fizikal untuk ulasan ini adalah dirancang, pergerakan badan berulang-ulang dan berstruktur yang dijalankan untuk meningkatkan kecergasan fizikal.
Apakah bukit yang kami perolehi?
Kami mencari bukti daripada ujikaji rawak terkawal pada Ogos 2016. Kami telah mengenal pasti 11 kajian yang melibatkan 638 wanita hamil. Mereka telah dijalankan di negara berpendapatan sederhana atau tinggi. Kita menilai risiko keseluruhan dalam kajian sebagai tidak jelas kerana kekurangan maklumat mengenai cara kajian dijalankan. Menggunakan GRADE, kualiti bukti daripada ujian adalah dari tahap tinggi ke rendah. Punca utama untuk menurunkan kualiti adalah untuk risiko berat sebelah dalam ujian dan ketidaktepatan kesan saiz, kadar rendah peristiwa dan bilangan peserta yang kecil.
Bagi ibu, bersenam tidak mengurangkan risiko praeklampsia sebagai pengukur penyakit darah tinggi semasa hamil (dua kajian, 48 wanita, kualiti bukti rendah), kelahiran secara pembedahan caeserean (lima kajian, 316 wanita, bukti berkualiti sederhana) atau risiko induksi kelahiran (satu kajian, 40 wanita, kualiti bukti rendah). Ibu-ibu mempunyai indeks jisim badan yang serupa semasa temujanji susulan dalam kumpulan senaman dan kawalan (tiga kajian, 254 wanita, bukti berkualiti tinggi). Bersenam adalah dikaitkan dengan tahap glukosa darah berpuasa yang rendah (empat kajian) dan tahap glukosa darah selepas makan (tiga kajian) tetapi dengan perubahan kesan saiz antara kajian yang berbeza. Program senaman yang berbeza-beza antara kajian seperti tempoh mereka dan sama ada atau mereka telah diselia. Tiada seorang pun daripada kajian yang dilibatkan melaporkan trauma perineal, kemurungan selepas bersalin atau perkembangan kencing manis jenis 2.
Untuk bayi, tiada kematian berlaku sekitar waktu kelahiran di (satu kajian, 19 bayi, bukti berkualiti rendah) dan tiada bukti mengenai sebarang perbezaan dalam risiko sakit (dua kajian, 169 bayi, bukti berkualiti sederhana) atau tahap gula dalam darah yang rendah (satu kajian, 34 bayi, bukti berkualiti rendah). Tiada ujian yang melaporkan jumlah besar-untuk-umur bayi atau bayi yang telah menghidap diabetes pada zaman kanak-kanak atau dewasa atau kecacatan neurosensori yang menjadi ketara semasa zaman kanak-kanak.
Apakah maksud ini?
Walaupun senaman kelihatan dapat menurunkan paras gula darah berpuasa dan paras gula selepas makan, kami tidak dapat mencari apa-apa perbezaan dalam hasil lain bagi wanita yang hamil dengan GDM. Bukti yang sedia ada tidak mencukupi untuk memberi nasihat menyokong atau menghalang wanita-wanita mengikuti program-program senaman. Walaupun senaman tidak memberi sebarang manfaat semasa mengandung, perubahan gaya hidup boleh berterusan selepas lahir dan boleh membantu menghalang penyakit kencing manis jenis 2 dan kesan sampingannya pada jangka panjang. Wanita hamil dengan GDM yang ingin mendaftar dalam program senaman mungkin ingin membincangkan pilihan mereka dengan profesional kesihatan. Penyelidikan lanjutan diperlukan dalam membandingkan intervensi latihan satu sama lain (atau dengan kawalan) dan melaporkan kedua-dua hasil jangka pendek dan jangka panjang (untuk kedua-dua ibu dan bayi/kanak-kanak/dewasa) seperti yang disenaraikan dalam kajian ini.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.