Soalan ulasan
Adakah meletakkan kepala di garis tengah mampu mengurangkan risiko pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak) dan kematian bayi yang sangat pramatang?
Latar belakang
Pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak) berlaku di dalam 25% bayi yang berat lahir rendah dan mungkin terjadi akibat pelbagai faktor. Kedudukan kepala mungkin akan mempengaruhi bagaimana darah mangalir di dalam otak dan seterusnya mungkin terlibat dalam kejadian pendarahan intraventrikel. Memutarkan kepala ke satu bahagian mungkin mengehadkan pengaliran darah dalam salur darah di bahagian yang sama dan ini boleh meningkatkan tekanan dan jumlah darah dalam otak. Terdapat cadangan bahawa ini mungkin dapat dielakkan jika pesakit berada dalam kedudukan supin (berbaring terlentang) posisi garis tengah, terutamanya dalam dua hingga tiga hari pertama hidup, apabila risiko pendarahan intraventrikel adalah paling tinggi.
Ciri-ciri kajian
Kami sertakan dua kajian yang membandingkan posisi supin kepala di garis tengah dan posisi supin kepala diputar ke 90°. Carian adalah terkini sehingga 12 September 2019.
Keputusan utama
Ulasan ini mendapati bahawa bukti kajian tidak mencukupi untuk menunjukkan sebarang kesan negatif atau positif supin (berbaring terlentang) kedudukan kepala di garis tengah bagi mengelakkan pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak) dalam bayi yang sangat pramatang. Kematian lebih rendah pada kedudukan kepala garis tengah terlentang, disebabkan oleh satu kajian yang membandingkan kesan memiringkan kepala (mengangkat kepala inkubator ke atas). Kami tidak menemuikajian yang membandingkan kedudukan kepala terlentang (berbaring di belakang) dengan rawan (berbaring di perut).
Kesimpulan
Walaupun salah satu kajian melaporkan kematian yang lebih rendah pada bayi dengan posisi tengah kepala di punggung dan miring tempat tidur, hasil ulasan sistematik ini selaras dengan kesan yang bermanfaat atau merugikan dari posisi garis tengah kepala terlentang dan tidak memberikan jawapan pasti persoalan kajian.
Diterjemahkan oleh Teng Xiu Xin (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my