Satu ulasan Cochrane yang baru telah diterbitkan dalam bulan Ogos 2016 berfokus kepada bukti- bukti keberkesanan program pencegahan terhadap masalah penderaan dan penganiayaan warga emas. Bersama saya hari ini adalah salah seorang penyelidik ulasan tersebut, Professor Madya Dr Noran Hairi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau akan memaklumkan hasil ulasan keberkesanan Intervensi Bagi Mencegah Penderaan dan Penganiayaan Warga Emas.