Kemurungan selepas bersalin adalah keadaan serius yang ketara dari segi kepentingan kesihatan awam. Tujuan ulasan ini adalah untuk mengkaji kesan intervensi-intervensi psikososial dan psikologi bagi mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin berbanding penjagaan biasa. Ulasan ini memuatkan data daripada 28 kajian-kajian rawak terkawal yang melibatkan hampir 17,000 orang wanita. Intervensi-intervensi pencegahan yang dinilai oleh kajian-kajian tersebut adalah pelbagai dan titik-titik akhir adalah sangat berbeza, namun kualiti metodologi adalah di antara bagus dan cemerlang. Terdapat kesan bermanfaat yang jelas pada pencegahan kemurungan selepas bersalin daripada pelbagai intervensi psikososial dan psikologi. Intervensi-intervensi yang menggalakkan termasuk lawatan rumah selepas bersalin oleh anggota profesional, sokongan melalui telefon selepas bersalin oleh individu biasa atau rakan sebaya, dan psikotherapi interpersonal. Intervensi-intervensi daripada pelbagai kakitangan/profesional kesihatan dan individu-individu biasa menghasilkan manfaat yang sama. Intervensi-intervensi berasaskan individu lebih bermanfaat daripada intervensi-intervensi yang melibatkan beberapa pihak. Terdapat juga beberapa bukti intervensi-intervensi yang dimulakan seawal kelahiran membantu mencegah kemurungan selepas bersalin sama seperti intervensi khusus yang menyasarkan ibu-ibu berisiko. Banyak persoalan masih belum terjawab dan penyelidikan tambahan adalah diperlukan.
Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Bt Rahim (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fairuz@pmc.edu.my