Penggunaan cahaya sebagai terapi untuk jerawat

Apakah matlamat ulasan ini?

Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada rawatan menggunakan laser dan sumber cahaya yang lain menambah baik bintik puteh dan bintik hitam, dan tempat-tempat radang yang ada pada mereka yang mempunyai jerawat. Kami juga mahu mengetahui bagaimana mereka yang mempunyai jerawat menilai pemulihan mereka sendiri, dan sama ada mereka mendapati bahawa terapi ini menyebabkan kesan yang tidak menyenangkan seperti melepuh dan parut. Para penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan-soalan ini dan mendapati 71 kajian, dengan sejumlah 4211 peserta.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Jerawat merupakan masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan bintik hitam, bintik putih dan bintik radang, dan boleh menyebabkan parut. Pilihan rawatan semasa adalah terhad keberkesanan dan keselesaannya, dan boleh menyebabkan kesan sampingan. Kami telah menyiasat laser dan sumber cahaya yang lain, yang digunakan sebagai terapi alternatif, sama ada secara bersendirian atau dalam kombinasi dengan bahan kimia yang menjadikan kulit lebih sensitif kepada sumber cahaya (terapi photodynamic (PDT)). Kami berbanding terapi cahaya yang berbeza dengan pilihan rawatan lain, tiada rawatan, atau plasebo.

Kebanyakan kajian melibatkan mereka yang dalam umur dua puluhan dyang mempunyai jerawat yang ringan hingga sederhana. Rawatan cahaya dalam kajian ini amat berbeza dalam banyak aspek penting, seperti panjang gelombang cahaya yang digunakan, tempoh rawatan, bahan kimia yang digunakan dalam terapi photodynamic, dan lain-lain.

Lebih separuh daripada kajian adalah tajaan industri; pengarang kajian melaporkan sama ada konflik kepentingan, atau maklumat yang tidak diisytiharkan.

Keputusan utama

Kami tidak dapat membuat kesimpulan yang kukuh dari hasil kajian kami, kerana ia tidak jelas sama ada terapi cahaya (termasuk PDT) dinilai dalam kajian ini adalah lebih berkesan daripada pembanding lain yang diuji seperti plasebo, tiada rawatan atau rawatan disapu pada kulit, dan berapa lama kemungkinan manfaat bertahan.

Apakah matlamat yang utama bagi ulasan itu?

Kami menyiasat bagaimana orang dengan jerawat menilai pemulihan mereka sendiri, tetapi ia tidak jelas sama ada terapi cahaya dalam kajian mempunyai kesan yang baik. Bukti bagaimana penyiasat menilai perubahan dalam jumlah bintik hitam, bintik putih dan bintik radang pada orang dengan jerawat juga terhad untuk kebanyakan jenis terapi cahaya, disebabkan oleh perubahan dalam cara kajian telah dijalankan dan diukur.

Kebanyakan kajian melaporkan kesan sampingan, tetapi tidak mencukupi. Tiada parut dilaporkan, dan melepuh dilaporkan dalam kajian mengenai cahaya 'intense pulsed', cahaya inframerah dan PDT.

Tiga kajian, dengan sejumlah 360 peserta dengan sederhana kepada jerawat yang teruk, menunjukkan bahawa terapi photodynamic dengan methyl aminolevulinate (MAL), diaktifkan oleh cahaya merah, mempunyai kesan yang sama ke atas perubahan dalam jumlah bintik hitam, bintik putih dan bintik radang berbanding dengan krim tiruan dengan lampu merah. Kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah.

Kajian akan datang yang rancang membandingkan keberkesanan rawatan jerawat biasa dengan terapi cahaya yang diperlukan untuk menilai kesan klinikal benar dan kesan sampingan terapi cahaya untuk jerawat.

Bagaimanakah cara untuk mengemaskinikan ulasan ini?

Ulasan ini melibatkan kajian sehingga September 2015.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information