Apakah makna penyembuhan luka pembedahan dengan matlamat sekunder?
Ini adalah luka pembedahan yang dibiarkan terdedah untuk penyembuhan melalui pertumbuhan tisu baru, daripada ditutupi dengan cara biasa melalui jahitan atau kaedah lain untuk menyambung birai luka. Ini biasanya dilakukan apabila terdapat risiko tinggi terhadap jangkitan atau sejumlah besar tisu telah hilang akibat luka. Luka yang sering dirawati dengan cara ini termasuk luka kronik di celah di punggung (sinus pilonidal) dan beberapa jenis abses.
Mengapa antibiotik dan antiseptik digunakan untuk merawat penyembuhan luka pembedahan dengan motif sekunder?
Salah satu sebab membenarkan penyembuhan luka selepas pembedahan melalui matlamat sekundar adalah kerana kemungkinan risiko jangkitannya yang tinggi. Jika luka sudah dijangkiti, maka antibiotik atau antiseptik digunakan untuk membunuh atau memperlahankan pertumbuhan mikro-organisma yang menyebabkan jangkitan dan menghalang ia daripada menjadi lebih teruk atau merebak. Ini juga boleh membantu luka untuk sembuh. Walaupun jangkitan pada luka tidak jelas, kelompok mikro-organisma biasanya terdapat dalam luka tersebut. Luka dianggap boleh sembuh dengan lebih baik jika kelompok ini dikurangkan dengan agen anti-bakteria. Walau bagaimanapun, hubungan antara jangkitan dan kelompok mikro-organisma yang terdapat pada luka dan penyembuhan luka tidak begitu jelas.
Apa yang kami dapati
Pada bulan November 2015 kami mencari seberapa banyak kajian yang mungkin yang kedua-duanya mengandungi reka bentuk rawak terkawal dan melihat penggunaan antibiotik atau antiseptik dalam peserta dengan penyembuhan luka pembedahan melalaui matlamat sekundar. Kami menjumpai 11 kajian yang melibatkan sejumlah 886 peserta. Kajian ini membuat perbandingan yang berbeza-beza. Beberapa jenis luka dimasukkan. Kajian meneliti luka berikutan pemotongan kaki diabetik, pembedahan sinus pilonidal, rawatan bagi pelbagai abses, pembedahan buasir, komplikasi selepas pembedahan caesarean dan penyembuhan bukaan disebabkan pembedahan seperti kolostomi.
Kebanyakan kajian membandingkan pelbagai jenis rawatan anti-bakteria terhadap rawatan tanpa anti-bakteria, tetapi empat membandingkan rawatan anti-bakteria yang berbeza. Walaupun beberapa kajian mencadangkan bahawa satu rawatan mungkin lebih baik daripada yang lain, bukti ini adalah terhad oleh saiz kajian dan cara-cara ia dilakukan dan dilaporkan. Bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam semua kajian adalah sedikit dan dalam sesetengah kes, bilangan ini terlalu sedikit. Kebanyakan kajian tidak melaporkan maklumat penting tentang bagaimana kajian dilakukan, jadi sukar untuk menyatakan sama ada keputusan yang dilaporkan mungkin benar. Di samping itu, kajian dengan kualiti yang lebih baik, diperlukan untuk mengetahui kesan rawatan antimikrob pada luka pembedahan yang disembuhkan dengan matlamat sekundar.
Dinilai sebagai terkini hingga November 2016
Diterjemah oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nila@pmu.edu.my Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my