Adakah memulakan dialisis peritoneal dengan segera selamat untuk pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik?

Apakah isunya?

Dialisis peritoneal adalah satu bentuk terapi penggantian buah pinggang dimana lapisan dalaman abdomen/perut digunakan sebagai penapis untuk dialisis. Cecair dialisis dimasukkan melalui tiub yang diletakkan di dalam abdomen, yang dipanggil kateter dialisis peritoneal. Secara tradisional, permulaan dialisis ditangguhkan selama dua minggu selepas kateter dimasukkan ke dalam abdomen, ini bagi membolehkan penyembuhan luka yang sempurna . Walau bagaimanapun, beberapa kajian melaporkan bahawa pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik yang perlu memulakan dialisis dengan segera dalam tempoh dua minggu selepas kemasukan kateter (memulakan dialisis peritoneal dengan segera) mengalami hasil yang lebih kurang serupa dengan merekan yang memulakan dialisis lebih daripada dua minggu selepas kemasukan kateter (memulakan dialisis peritoneal secara konvensional).

Apa yang kami lakukan?

Kami melakukan ulasan sistematik untuk mengkaji komplikasi dan hasil terhadap pesakit/penghidap penyakit buah pinggang kronik yang memulakan dialisis peritoneal dengan segera dalam tempoh dua minggu selepas kemasukan kateter dialisis peritoneal.

Apa yang kami temui?

Kami mengenal pasti 16 kajian (2953 peserta) yang mengkaji hasil-hasil melakukan dialisis peritoneal secara segera berbanding secara konvensional. Apabila kami membandingkan keputusan dari pesakit yang memulakan dialisis dua minggu selepas kemasukan kateter, pesakit yang memulakan dialisis dengan segera lebih cenderung mengalami kebocoran cecair dialisis di luar rongga abdomen ke kulit berdekatan tempat keluar kateter dialisis peritoneal. Perbezaan terhadap jangkitan lapisan abdomen (peritonitis), jangkitan pada tempat keluar kateter dialisis peritoneal (jangkitan tempat keluar), komplikasi mekanikal dialisis peritoneal (termasuk penyumbatan kateter, posisi tidak betul kateter dan mengubah tempat letak kateter), pesakit yang kekal dengan dialisis peritoneal (kelangsungan hidup teknik), dan kematian antara pesakit yang memulakan dialisis dengan segera dan mereka yang menunggu selama dua minggu selepas kemasukan kateter masih tidak jelas.

Kesimpulan

Pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dialisis dengan segera tanpa akses kepada dialisis yang tersedia untuk digunakan, dialisis peritoneal boleh meningkatkan kebocoran diasilat. Walau bagaimanapun, risiko keseluruhan komplikasi jangkitan kuman dan komplikasi lain antara memulakan dialisis peritoneal dengan segera dan memulakan dialisis peritoneal secara konvensional masih tidak jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information