Podcast: Penskaleran Rutin dan Penggilapan untuk Kesihatan Periodontal Orang Dewasa

Ramai orang dewasa di negara berpendapatan tinggi mungkin telah menjalani ‘penskaleran dan penggilapan' apabila melawat doktor gigi, dan sesetengahnya ditawarkan secara rutin. Tetapi, adakah ia berbaloi? Bukti terkini adalah dalam kemaskini ketiga Ulasan Cochrane, yang diterbitkan pada Disember 2018 dan penulis utama, Thomas Lamont dari Universiti Dundee di Scotland memberitahu lebih lanjut.

- Baca transkrip

Fail Digital Media ini diterjemah oleh Dr Bryan John Paulose selaku Pengarah Pergigian, BP Healthcare, Malaysia. Disunting oleh Prof Noorliza Mastura Ismail dari Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Ramai orang dewasa di negara berpendapatan tinggi mungkin telah menjalani ‘penskaleran dan penggilapan' apabila melawat doktor gigi, dan sesetengahnya ditawarkan secara rutin. Tetapi, adakah ia berbaloi? Bukti terkini adalah dalam kemaskini ketiga Ulasan Cochrane, yang diterbitkan pada Disember 2018 dan penulis utama, Thomas Lamont dari Universiti Dundee di Scotland memberitahu lebih lanjut.

Penskaleran dan penggilapan’ atau ‘pembuangan plak mekanikal oleh profesional’, dilakukan dengan peralatan pergigian yang direka khas atau skaler ultrasonik, diikuti dengan menggilap dengan pasta khas. Ini bertujuan sebagai tambahan higin oral pembuangan plak yang pesakit lakukan di rumah. Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko penyakit gusi dan ramai doktor gigi atau juruhigin pergigian menyediakan penskaleran dan penggilapan untuk kebanyakan pesakit pada selang masa yang regular, walaupun pesakit dianggap berisiko rendah untuk mengalami penyakit gusi.

Walau bagaimanapun, terdapat perdebatan sama ada rawatan penskaleran dan penggilapan berkesan dan berapa kerap ia perlu dilakukan. Penskaleran boleh menjadi prosedur invasif dan telah dikaitkan dengan kesan sampingan negatif, termasuk kerosakan kepada permukaan gigi dan sensitiviti gigi. Para penulis Cochrane telah mengemaskini Ulasan Cochrane yang terakhir diterbitkan pada 2013, dan kini mempunyai bukti kepastian tinggi bahawa penskaleran dan penggilapan rutin, sebenarnya tidak mengurangkan penyakit gusi dalam kalangan orang dewasa yang berisiko rendah.

Mereka memasukkan dua kajian, dengan jumlah lebih daripada 1700 peserta. Kedua-dua kajian tersebut melibatkan orang dewasa tanpa penyakit gusi yang teruk yang hadir secara regular di amalan am di UK. Amalan-amalan seperti ini adalah persekitaran paling sesuai untuk menilai rawatan 'penskaleran dan penggilapan rutin’; dan walaupun kedua-dua kajian itu telah dilakukan di UK, adalah wajar untuk menganggap bahawa penemuan adalah sama di negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.

Satu kajian mengukur hasil pada 2 tahun, dan yang satu lagi pada 3 tahun. Kedua-duanya mendapati rawatan penskaleran dan penggilapan regular yang dirancang tidak mengurangkan tanda-tanda awal penyakit gusi lebih daripada penskaleran dan penggilapan yang dilakukan hanya apabila profesional pergigian menilaikan ia perlu atau jika ia diminta oleh pesakit. Tahap tartar sedikit berkurangan dengan rawatan berjadual, tetapi adalah tidak pasti jika perbezaan kecil ini dianggap penting oleh pesakit atau doktor gigi mereka.

Para peserta dalam kajian yang menjalani rawatan penskalaran dan penggilapan pada selang 6 dan 12 bulan melaporkan gigi mereka lebih bersih berbanding mereka yang tidak dijadualkan untuk menerima rawatan, tetapi bukti ini adalah berkualiti rendah dan kajian-kajian tidak menemui sebarang manfaat terhadap kualiti hidup. Kedua-dua kajian tidak mengukur kesan sampingan, seperti kerosakan kepada permukaan gigi atau sensitiviti gigi, perubahan paras atakmen, kehilangan gigi atau nafas berbau, dan bukti sedia ada mengenai kos rawatan adalah tidak pasti.

Secara ringkas, ulasan mereka meragui sama ada keperluan untuk penskaleran dan penggilapan dibuat secara rutin, mengikut jadual standard setiap 6 atau 12 bulan. Ramai orang suka akan rasa bersih yang didapati dari rawatan penskaleran dan penggilapan, tetapi adalah tidak jelas jika ada manfaat klinikal sebenar terhadap penyakit gusi. Kemas kini ulasan menunjukkan penyediaan rawatan penskaleran dan penggilapan hanya apabila doktor gigi menganggapnya sesuai atau di atas permintaan pesakit, tidak menyebabkan hasil kesihatan mulut yang lebih buruk selepas 2 hingga 3 tahun berbanding melakukannya pada jadual 6- atau 12 bulan yang ditetapkan.

Tutup transkrip