Acetylcysteine dan carbocysteine untuk merawat jangkitan akut saluran pernafasan atas dan bawah dalam kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit kronik paru-paru dan saluran pernafasan

Acetylcysteine dan carbocysteine adalah ubat yang paling biasa diberikan untuk mengubah struktur rembesan saluran pernafasan. Ulasan sistematik ini menilai keberkesanan dan keselamatan merawat jangkitan akut saluran pernafasan atas dan bawah dalam kalangan kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit kronik paru-paru dan saluran pernafasan. Kami juga melihat khususnya pesakit yang lebih muda daripada dua tahun.

Terdapat 49 kajian yang memenuhi kriteria kemasukan. Enam kajian yang melibatkan 497 peserta telah dimasukkan dalam ulasan ini untuk menilai keberkesanan dan membandingkan acetylcysteine atau carbocysteine dengan plasebo. Terdapat 34 kajian (termasuklah enam kajian di atas) layak untuk kajian keselamatan dan ini melibatkan 2064 pesakit kanak-kanak.

Keputusan ulasan ini menunjukkan keberkesanan acetylcysteine dan carbocysteine yang sebenar tetapi terhad (contohnya pengurangan batuk pada hari ketujuh) dan keselamatan yang baik secara keseluruhan (kecuali kesan sampingan ringan gastrousus yang jarang berlaku) dalam kalangan kanak-kanak yang lebih tua daripada dua tahun. Namun, bilangan peserta dimasukkan adalah terhad dan kualiti metodologi diragui. Hasil kajian tersebut juga perlu mengambil kira hakikat bahawa acetylcysteine dan carbocysteine adalah ditetapkan untuk penyakit yang boleh pulih tanpa rawatan (contohnya batuk akut, bronkitis) Bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun serta kebimbangan tentang keselamatan (peningkatan rembesan saluran pernafasan dan bukannya pengurangan), ubat-ubatan tersebut hanya boleh diguna untuk jangkitan akut saluran pernafasan atas dan bawah dalam konteks kajian rambang terkawal.ubat-ubatan tersebut hanya boleh digunakan untuk jangkitan akut saluran pernafasan atas dan bawah dalam rangka kajian rambang terkawal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information