Antibiotik untuk 'mastitis' dalam wanita yang menyusu

Keradangan payudara, atau 'mastitis', boleh menjadi infektif atau tidak-infektif. Jangkitan 'mastitis' merupakan salah satu jangkitan paling lazim yang dialami oleh wanita yang menyusu. Keadaan in berbeza dalam keseriusannya, dari simtom sederhana berserta beberapa keradangan lokal, kemerahan, kepanasan dan kesakitan di payudara berkaitan hingga ke simtom yang lebih serius / parah termasuk demam, bernanah dan septisemia, yang mungkin perlu dirawat dalam wad. Penyembuhan memerlukan masa, dan mungkin terdapat ketidakselesaan untuk ibu yang mengalami dan anaknya. 'Mastitis' biasanya berlaku dalam tiga bulan pertama selepas kelahiran dan memerlukan si ibu berehat di katil selama sehari, diikuti dengan aktiviti yang terhad. Situasi ini berkait dengan pengurangan sekresi susu, pengurangan penghasilan, dan kesukaran penjagaan bayi. Bebanan kepada si ibu, berserta dengan kos penjagaan, potensi impak negatif ke atas penyambungan penyusuan, dan bahaya komplikasi yang serius / parah seperti septisemia, menjadikan 'mastitis' satu situasi yang serius yang memerlukan diagnosis awal dan terapi yang efektif. Sorotan ini melibatkan dua kajian dan lebih kurang 125 wanita. Satu kajian membandingkan dua antibiotik berbeza, dan tidak terdapat perbezaan antara dua antibiotik tersebut bagi melegakan simtom. Kajian kedua membandingkan ketiadaan rawatan, pengosongan payudara, dan terapi antibiotik, dan mencadangkan pengosongan payudara bagi kelegaan simtom yang lebih cepat berbanding antibiotik. Terdapat bukti yang sangat sedikit ke atas keberkesanan terapi antibiotik, dan lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information