Intervensi psikososial berhenti merokok membantu pesakit dengan serangan jantung untuk berhenti.

Merokok adalah faktor risiko bagi serangan jantung dan berhenti merokok adalah disyorkan untuk pesakit selepas serangan jantung. Intervensi psikososial berhenti merokok seperti kaunseling boleh membantu pesakit tersebut untuk berhenti merokok, jika ia disediakan untuk lebih daripada satu bulan. Intervensi psikososial boleh membantu pesakit-pesakit tersebut untuk berhenti dalam tempoh 6 bulan tetapi kajian mengenai kesan jangka panjang tidak menyokong dapatan kajian jangka pendek yang bermanfaat. Kebanyakan kajian menggunakan campuran pelbagai strategi intervensi, oleh itu tiada strategi tunggal yang menunjukkan keberkesanan unggul.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information