Garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan untuk pesakit tenat

Latarbelakang

Garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan digunakan untuk orang ramai yang berada di hari-hari akhir kehidupan mereka, sebagai petunjuk penjagaan yang berkesan dan membantu dalam menentukan keputusan. Disebabkan oleh kebimbangan besar perihal keselamatan dan kualiti penjagaan yang berkaitan dengan implementasi garispanduan, garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan yang paling lazim digunakan (Liverpool Care Pathway) sudah tidak digunakan lagi di United Kingdom (UK). Ulasan ini mengkaji samada penggunaan garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan dalam menjaga pesakit tenat adalah berkesan.

Ciri-ciri kajian

Dalam Julai 2015, kami mencari pengkalan data saintifik untuk kajian-kajian klinikal yang mana kesan garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan telah dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang menerima penjagaan biasa, atau dengan kajian-kajian yang membandingkan satu garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan dengan garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan yang lain. Peserta adalah pesakit-pesakit, penjaga-penjaga dan keluarga-keluarga yang telah menerima penjagaan yang dibimbing oleh garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan. Tiada had ke atas umur pesakit, diagnosis ataupun ketetapan (hospital, rumah, rumah jagaan).

Keputusan utama

Dalam ulasan terkini ini kami menemui satu kajian Itali, di mana informasi mengenai 232 pesakit tenat telah diberikan oleh penjaga-penjaga mereka yang tidak formal (kawan-kawan ataupun keluarga). Hanya 34% peserta-peserta telah dijaga mengikut garispanduan tersebut. Sesak nafas terkawal dengan lebih baik bagi pesakit-pesakit yang mengikuti garispanduan 'Liverpool Care Pathway' berbanding dengan pesakit-pesakit yang tidak mengikuti garispanduan tersebut, tetapi ini adalah berdasarkan kepada bukti daripada satu kajian yang kecil. Kajian tidak melaporkan hasil-hasil penting seperti tahap gejala fizikal atau psaikologi yang lain atau kualiti kehidupan, atau jika ada kesan-kesan sampingan lain yang berkait dengan penggunaan garispanduan penjagaan di penghujung kehidupan. Begitu juga dengan ketiadaan persoalan mengenai kepuasan dengan penjagaan, kos intervensi, atau kualiti komunikasi di antara penjaga dan pihak pembekal penjagaan kesihatan.

Kualiti bukti

Kami berpendapat kajian yang dilibatkan berkualiti terlalu rendah kerana berpotensi berat sebelah, termasuk: tidak berupaya untuk mencegah peserta-peserta dari mengetahui kumpulan mana mereka ditempatkan (penjagaan biasa atau kumpulan yang mengikuti garispanduan penjagaan); bilangan besar penjaga yang pada mulanya didaftarkan, tetapi tidak memberi respon kepada soal selidik temujanji (ini sememangnya benar untuk penjaga-penjaga pesakit-pesakit di dalam wad di mana garispanduan penjagaan tidak digunapakai (wad-wad kawalan); bilangan pesakit yang menerima garispanduan penjagaan (intervensi) seperti dirancang adalah rendah; dan di samping itu kajian hanya melibatkan pesakit-pesakit kanser dalam hospital-hospital Itali; yang demikian, keputusan-keputusan mungkin tidak terpakai kepada pesakit-pesakit berpenyakit lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Maalaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information