Hormon untuk kawalan kelahiran di kalangan wanita yang berlebihan berat badan atau gemuk

Berat badan berlebihan telah menjadi masalah kesihatan di seluruh dunia. Berat badan berlebihan atau gemuk mungkin mempengaruhi betapa baik fungsi kaedah kawalan mencegah kehamilan. Kawalan kelahiran menggunakan hormon termasuk dalam bentuk pil, tampalan di kulit, cincin vagina, implan, suntikan, dan perancang intrauterin hormon (IUC).

Sehingga 4 Ogos 2016, kami telah melakukan carian komputer untuk kajian-kajian kawalan kelahiran menggunakan hormon di kalangan wanita yang berlebihan berat badan atau gemuk. Kami telah mencari kajian-kajian yang telah membandingkan wanita berlebihan berat badan atau gemuk dengan wanita yang normal berat atau indeks jisim badan (BMI). Formula untuk BMI ialah berat (kg) / tinggi (m) 2 . Kami telah memasukkan semua jenis reka bentuk kajian. Untuk ulasan asal, kami telah menulis kepada para penyelidik untuk mencari kajian yang lain yang mungkin kami terlepas pandang.

Dengan 8 kajian yang telah ditambah dalam kemas kini ini, kami telah mempunyai 17 kajian dengan jumlah 63,813 wanita. Kami memberi fokus terhadap 12 kajian dengan kualiti hasil yang tinggi, sederhana, atau rendah. Kebanyakan mereka tidak menunjukkan lebih banyak kehamilan berlaku dalam kalangan wanita yang berlebihan berat badan atau gemuk. Dua daripada lima kajian yang menggunakan pil kawalan kehamilan telah menemui perbezaan antara kumpulan-kumpulan BMI. Dalam satu kajian, wanita berlebihan berat badan mempunyai risiko kehamilan yang lebih tinggi. Kajian yang lain telah menemui kadar kehamilan yang lebih rendah untuk wanita gemuk berbanding dengan wanita yang tidak gemuk. Kajian yang kedua juga telah menguji satu kaedah tampalan hormon di kulit yang baru. Wanita gemuk dalam kumpulan tampalan mempunyai kadar kehamilan yang lebih tinggi. Daripada lima kajian implan, dua telah menunjukkan perbezaan antara kumpulan-kumpulan berat badan. Mereka telah mengkaji enam implan kapsul yang lama. Satu kajian telah menunjukkan kadar kehamilan yang lebih tinggi dalam tahun ke 6 dan 7 yang digabungkan untuk wanita yang mempunyai berat 70kg atau lebih. Kajian yang lain telah melaporkan perbezaan kehamilan dalam tahun ke 5 di kalangan kumpulan berat badan yang lebih rendah sahaja. Keputusan untuk kaedah kawalan kelahiran yang lain tidak menunjukkan kadar kehamilan yang berkaitan dengan berat badan berlebihan atau obesiti. Kaedah-kaedah tersebut telah memasukkan, hormon yang disuntik, hormon yang dimasukkan ke dalam rahim (hormonal IUC), dan implan dua rod dan implan rod tunggal.

Kajian-kajian tersebut secara umumnya tidak menunjukkan hubungan antara BMI atau berat badan dengan kesan perancang menggunakan hormon. Kami telah menemui beberapa kajian untuk kebanyakan kaedah. Kajian-kajian yang menggunakan BMI dan bukannya berat badan boleh menunjukkan sama ada lemak badan adalah berkaitan dengan betapa baiknya kawalan mencegah kehamilan. Kaedah-kaedah yang telah dikaji di sini memberikan hasil yang baik apabila dilakukan mengikut arahan yang diberikan. Keseluruhan kualiti kajian adalah rendah untuk ulasan ini, terutamanya dalam laporan-laporan yang lama. Walau bagaimanapun, banyak kajian mempunyai kualiti yang lebih tinggi bagi tujuan asal kajian mereka dibandingkan dengan perbandingan di sini.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information