Pemeriksaan faraj rutin dalam persalinan

Apakah isunya?

Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada pemeriksaan faraj rutin untuk menilai progres persalinan berkesan dan boleh diterima oleh wanita, dan untuk membanding penggunaan peperiksaan ini dengan kaedah lain untuk menilai kemajuan progres persalinan.

Mengapakah hal ini penting?

Persalinan biasanya dipantau untuk memastikan ia progres seperti jangkaan, dan tiada tanda-tanda progres yang abnormal yang mungkin membahayakan ibu atau bayi. Kaedah paling biasa digunakan ialah pemeriksaan faraj rutin (dilakukan pada selang masa regular), yang memberi maklumat tentang bagaimana serviks wanita mendilat dan kedudukan bayi. Persalinan yang sangat lambat boleh menandakan masalah yang mungkin memerlukan intervensi untuk mempercepat persalinan dan kelahiran (augmentasi). Walau bagaimanapun, persalinan yang lambat juga boleh menjadi variasi normal progres persalinan, dan bukti terkini menunjukkan jika ibu dan bayi sihat, tempoh persalinan atau pendilatan serviks sahaja tidak wajar diguna untuk membuat keputusan sama ada persalinan progres secara normal.

Kaedah lain untuk menilai progres persalinan termasuklah penggunaan ultrasound, menilai tingkahlaku ibu, dan tanda-tanda kemajuan fizikal, seperti garis ungu yang terbentuk di antara punggung ibu semasa progres persalinan. Walau bagaimanapun, kaedah ini bukan amalan standard. Kaedah yang paling berkesan untuk menilai progres persalinan belum ditentukan.

Pemeriksaan faraj boleh menjadi tidak selesa, menyakitkan, dan menyedihkan. Jika persalinan adalah lambat tetapi normal salah didiagnos sebagai abnormal, ini boleh menyebabkan intervensi yang tidak perlu, seperti augmentasi atau pembedahan caesarean. Sesetengah wanita mungkin tidak mahu intervensi ini, dan penggunaannya boleh menyebabkan kemudaratan emosi dan fizikal. Kesalahan mendiagnos progres persalinan boleh memusnahkan secara fizikal dan emosi. Pandangan dan pengalaman wanita tentang kaedah yang digunakan untuk menilai progres persalinan harus dipertimbang di samping bukti keberkesanan.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami membuat carian pada Februari 2021 dan menyertakan empat kajian, dengan data untuk 744 wanita dan bayi. Secara keseluruhan, bukti adalah tidak pasti atau sangat tidak pasti akibat kaedah kajian dan jumlah kecil wanita dan bayi.

Pemeriksaan faraj rutin berbanding ultrasound rutin (satu kajian, 83 wanita dan bayi)

Kajian di Turki yang melibatkan wanita dengan permulaan persalinan spontan dan pernah bersalin sebelum ini: pemeriksaan faraj rutin boleh menyebabkan sedikit peningkatan sakit berbanding ultrasound rutin untuk menilai progres persalinan.

Kajian tersebut tidak menilai hasil utama kami yang lain: pengalaman kelahiran yang positif; augmentasi persalinan; kelahiran faraj spontan; chorioamnionitis (keradangan atau jangkitan membran di sekeliling bayi); jangkitan neonatal; kemasukan ke unit penjagaan rapi neonatal (NICU).

Pemeriksaan faraj rutin berbanding pemeriksaan rektum rutin (satu kajian, 307 wanita dan bayi)

Kajian dijalankan di Ireland yang melibatkan wanita dalam persalinan pada cukup bulan. Berbanding pemeriksaan rektum rutin, pemeriksaan faraj rutin mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas: augmentasi persalinan; kelahiran faraj spontan; jangkitan neonatal; kemasukan ke NICU.

Kajian itu tidak menilai hasil utama kami yang lain: pengalaman kelahiran yang positif; korioamnionitis; sakit ibu.

Pemeriksaan faraj rutin setiap empat jam berbanding pemeriksaan rutin setiap dua jam (satu kajian, 150 wanita dan bayi)

Kajian di UK melibatkan wanita yang melahirkan bayi pertama mereka dalam persalinan semasa cukup bulan. Berbanding pemeriksaan faraj rutin setiap dua jam, pemeriksaan faraj rutin setiap empat jam mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap augmentasi persalinan atau kelahiran faraj spontan - keputusannya serasi dengan manfaat dan mudarat.

Kajian tersebut tidak menilai hasil utama kami yang lain: pengalaman kelahiran yang positif; korioamnionitis; jangkitan neonatal; kemasukan ke NICU; sakit ibu.

Pemeriksaan faraj rutin berbanding pemeriksaan faraj seperti indikasi (satu kajian, 204 wanita dan bayi)

Kajian berlangsung di Malaysia melibatkan wanita yang bersalin pertama kali dan diinduksi semasa cukup bulan. Berbanding pemeriksaan faraj seperti indikasi, pemeriksaan faraj rutin setiap empat jam mungkin menyebabkan lebih ramai wanita menjalani augmentasi persalinan. Mungkin terdapat sedikit atau tiada kesan pada kelahiran faraj spontan, korioamnionitis, jangkitan neonatal, atau kemasukan ke NICU.

Kajian tidak menilai hasil utama kami yang lain dari pengalaman kelahiran positif atau sakit ibu.

Apakah maksudnya?

Kita tidak dapat pastikan kaedah mana untuk menilai progres persalinan yang paling berkesan atau boleh diterima oleh wanita. Bukti lanjut diperlukan untuk mengenal pasti cara terbaik untuk menilai progres persalinan dan bagaimana ini boleh mempengaruhi pengalaman kelahiran bagi wanita.

Nota terjemahan: 

Diterjemah Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information