Soalan ulasan
Kami mengulas bukti untuk keberkesanan dan keselamatan larutan (yang mana bahan diberikan melalui vena) daripada hypertonik masin (larutan garam pekat (natrium klorida)) berbanding dengan lain-lain jenis larutan untuk mengurangkan tekanan intracranial (tekanan dalam dan sekitar otak) dalam pengurusan kecederaan otak trauma akut.
Latar belakang
Kecederaan otak trauma yang akut (kecederaan mengejut dan teruk kepada otak, selalunya disebabkan oleh kemalangan) adalah penyebab utama kematian dan kehilangan upaya di seluruh dunia, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda. Hipertensi intracranial (tekanan tinggi yang terbina di dalam dan di sekeliling otak) adalah biasa selepas kerosakan otak. Ini adalah kerana tengkorak adalah ruang tegar yang mengandungi tiga bahagian: tisu otak yang lembut, darah, dan bendalir serebrospina. Jika peningkatan berlaku dalam isipadu satu komponen, seperti hematoma (koleksi darah) dalam tisu lembut otak, isipadu satu atau lebih komponen lain mesti dikurangkan - jika tidak tekanan intracranial akan meningkat. Jika tekanan intracranial meningkat melebihi had tertentu, terdapat ketidakseimbangan, dan aliran darah ke otak menjadi sangat rendah. Tekanan intracranial yang tinggi boleh menyebabkan kesan serius termasuklah kerosakan otak dan kematian. Terapi hyperosmolar adalah rawatan penting untuk peningkatan tekanan intracranial. Satu jenis terapi hyperosmolar melibatkan larutan pekat (hypertonik) masin (garam makan/sodium klorida) ke dalam darah; lain-lain rawatan termasuklah mannitol (dalam bentuk gula) yang juga boleh digunakan. Rawatan sedemikian mungkin mengurangkan tekanan intracranial dengan mengurangkan isipadu air di dalam dan di antara sel otak.
Ciri-ciri kajian
Pada Disember 2019, penulis ulasan ini telah mencari kajian rawak yang membandingkan kesan dan keselamatan hypertonik masin dengan lain-lain larutan cecair yang digunakan untuk mengurangkan tekanan intracranial dalam pesakit kecederaan otak trauma akut. Penulis ulasan ini telah mencari pelbagai jenis pangkalan data perubatan dan mengenal pasti enam kajian yang berkaitan, dengan data daripada sejumlah 287 peserta. Kesemua kajian adalah kajian rawak terkawal, yang menghasilkan bukti yang paling dipercayai. Tiga kajian dilakukan di India, satu kajian di Perancis dan juga Jerman, dan satu kajian melibatkan orang dari kedua-dua Perancis dan Israel. Kebanyakan pesakit dalam kajian (91%) mengalami kecederaan otak trauma. Kajian membandingkan pelbagai kepekatan hypertonik masin dengan sama ada mannitol atau mannitol digabungkan dengan glycerol.
Keputusan-keputusan utama
Berdasarkan data terhad daripada enam kajian ini, tidak ada bukti yang jelas untuk menyokong penggunaan larutan hypertonik masin berbanding larutan mannitol untuk pesakit kecederaan otak trauma yang akut. Kesan buruk daripada rawatan tidak diukur secara rutin.
Lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan. Kajian pada masa depan mestilah lebih besar dan dilaporkan dengan lebih baik. Perkara-perkara yang berpotensi untuk penyelidikan termasuklah menyiasat sama ada terdapat kepekatan tertentu untuk larutan, atau tempoh masa di mana larutan diberikan, yang memberi manfaat kepada pesakit yang mempunyai tekanan intracranial yang meningkatkan selepas kecederaan otak trauma.
Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi lcochrane@rcsiud.edu.my