Apakah isunya?
Anemia yang disebabkan oleh pengurangan pengeluaran eritropoietin (suatu hormon yang meningkatkan penghasilan sel darah merah) oleh buah pinggang adalah sebab utama keletihan dan masalah lain yang dihadapi oleh penghidap penyakit buah pinggang kronik sama ada yang memerlukan dialisis ataupun tidak.
Eritropoietin buatan (epoetin) mengurangkan anemia dan kerap diberikan kepada penghidap penyakit buah pinggang kronik. Terdapat beberapa epoetin buatan yang berlainan pada masa kini.
Apa yang kami lakukan?
Kami telah mencari dalam "Cochrane Kidney and Transplant Specialised Register" sehingga 12 September 2016 melalui perhubungan 'Information Specialist' dengan menggunakan istilah carian yang berkaitan dengan semakan ini. Kami memasukkan kajian rawak terkawal (RCT) yang membandingkan frekuensi, cara pengambilan, dos dan jenis-jenis ESA tindak singkat yang berbeza dalam kalangan pesakit buah pinggang kronik.
Apakah yang kami jumpai?
Kami telah meneliti bukti daripada 14 kajian dengan 2616 peserta CKD yang tidak menjalani dialisis yang diterbitkan sebelum 12 September 2016 untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam pengurangn anemia dan kesan sampingan antara epoetin tindak singkat yang berlainan ataupun antara epoetin yang sama tetapi diberi dalam kekerapan pengambilan berbeza. Kami tidak menjumpai kajian yang menggunakan kekerapan pengambilan epoetin yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak.
Kami mendapati bahawa kebiasaan epoetin tindak singkat yang diberi kurang kerap (setiap 2 hingga 4 minggu) memberi kesan yang serupa dari segi perawatan anemia berbanding dengan pengambilan setiap 1 atau 2 minggu; tiada perbezaan dijumpai dari segi kesan sampingan antara perbandingan-perbandingan tersebut. Satu kajian yang membandingkan pemeberian secara subkutaneus suatu epoetin alfa baru HX575 dengan epoetin alfa lain telah dihentikan selepas dua pesakit mengalami pembentukan antibodi anti-eritropoietin. Walaupun demikian, lebih banyak kajian diperlukan kerana kebanyakkan kajian-kajian ini adalah kecil dan tidak direka dengan baik dan ini membataskan aplikasinya dalam penjagaan pesakit.
Diterjemahkan oleh Ch'ng Chin Chin (Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Pulau Pinang). Disunting oleh Ahmad Filza ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi chngchinchin@gmail.com.