Intervensi untuk merawat kerosakan kateter vena pusat

Apakah isunya?

Pesakit yang bergantung kepada hemodialisis akibat kegagalan buah pinggang memerlukan akses vaskular dan walaupun tidak optimum, kateter hemodialisis sering digunakan. Malangnya, bersama-sama dengan isu jangkitan, tiub ini boeh menjadi tidak berfungsi akibat pembekuan darah dan pembentukan sarung fibrin. Ubat-ubatan seperti alteplase mempunyai peranan yang diiktiraf dalam mencegah kegagalan tiub tetapi pendekatan terbaik untuk merawatnya tidak dijumpai.

Apa yang penyelidik lakukan?

Penyelidik mencari Pendaftaran Khas Cochrane dan Transplant Specialized hingga 17 Ogos 2017 dan melakukan kajian secara sistematik terhadap kajian yang dilakukan pada pesakit dengan kateter hemodialisis yang tidak berfungsi dan membandingkan kejayaan agen trombolitik, pelupusan sarung fibrin dan penggantian garisan.

Apa yang penyelidik dapati?

Penyelidik mendapati lapan kajian yang melibatkan 580 peserta yang menguji tiga rawatan yang berbeza. Kajian juga membandingkan dos dan kaedah pemberian ubat. Kualiti bukti dibatasi oleh saiz kajian kecil dan risiko berat sebelah yang tinggi. Terapi trombolitik mungkin lebih baik daripada plasebo dalam memulihkan fungsi kateter tetapi tiada dos optimum atau kaedah pemberian ubat. Gangguan fizikal sarung fibrin mungkin sama berkesan sebagai agen trombolitik farmaseutikal untuk merawat dengan segera kateter yang tidak berfungsi. Patensi kateter pada dua minggu mungkin lebih baik setelah pelepasan sarung fibrin atau pertukaran kateter dibandingkan dengan agen trombolitik. Pertukaran kateter mungkin lebih baik daripada gangguan sarung untuk kelangsungan kateter jangka panjang dan penggunaan kedua-dua teknik bersama mungkin terbaik. Pada masa ini, tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk memilih sebarang teknik dari segi kecekapan dialisis atau mengurangkan risiko kesan sampingan.

Kesimpulan

Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menyelesaikan persoalan teknik yang paling berkesan untuk kateter hemodialisis yang tidak berfungsi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information