Desmopressin untuk merawat kerap kencing malam pada lelaki dengan gejala saluran kencing yang lebih rendah

Soalan ulasan

Adakah desmopressin berkesan untuk merawat kerap kencing malam pada lelaki?

Latar belakang

Kerap kencing malam adalah gejala yang mengganggu untuk bangun satu atau lebih kali setiap malam untuk kencing. Ia biasa berlaku pada lelaki yang lebih berusia. Lebih separuh daripada lelaki berusia lebih dari 70 tahun menderitai kencing malam dan terdapat banyak punca untuk ini. Desmopressin adalah ubat yang mengawal jumlah dan kepekatan air kencing dalam badan. Ia juga digunakan untuk merawat kerap kencing malam.

Ciri-ciri kajian

Carian adalah terkini sehingga 1 Ogos 2017. Penyelidik telah mengenal pasti 14 kajian klinikal, melibatkan 2966 lelaki. Penyelidik membandingkan desmopressin sahaja atau digabungkan dengan ubat lain yang digunakan untuk masalah kencing (seperti penghalang alpha atau antikolinergik) terhadap plasebo, perubahan tingkah laku atau ubat-ubatan yang digunakan untuk masalah kencing sahaja atau gabungan. Kebanyakan kajian hanya mendaftarkan lelaki yang lebih berusia.

Keputusan utama

Rawatan dengan desmopressin untuk tiga hingga 12 bulan boleh mengurangkan kekerapan lelaki kencing pada waktu malam dengan jumlah yang agak kecil berbanding dengan plasebo. Kesan sampingan yang serius tidak meningkat. Penyelidik tidak tahu cara pengunaan desmopressin berbanding perubahan dalam tingkah laku. Kesan desmopressin mengenai kekerapan lelaki kencing pada waktu malam adalah mungkin serupa dengan penghalang alpha apabila diberi sehingga tiga bulan (iaitu rawatan jangka pendek) tanpa kesan sampingan yang besar. Menambah desmopressin kepada alpha-penyekat nampaknya lebih berkesan berbanding daripada alpha-penyekat sahaja atau alpha-blocker digabungkan dengan anticholinergic.

Kualiti bukti

Penyelidik menilai kualiti bukti untuk menjadi rendah pada kebanyakan kes, bermaksud bahawa penyelidik tidak dapat sepenuhnya mempercayai hasilnya. Kajian yang disertakan dirancang dengan kurang baik, kecil, dan hanya mengikuti orang untuk waktu yang singkat (biasanya tiga bulan atau kurang).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information