Mesej utama
– Orang yang tinggal di kawasan di mana nyamuk Aedes pembawa- Wolbachia yang telah dilepaskan adalah berkemungkinan kurang dijangkiti denggi berbanding dengan orang yang tinggal di kawasan yang tiada pelepasan.
– Orang yang tinggal di kawasan di mana nyamuk Aedes pembawa- Wolbachia yang telah dilepaskan adalah kemungkinan kurang dimasukkan ke hospital disebabkan oleh denggi berbanding dengan orang yang tinggal di kawasan yang tiada pelepasan.
Apakah itu denggi?
Denggi ialah penyakit viral yang disebarkan oleh sesetengah nyamuk yang dijumpai dalam lebih daripada 100 negara, dengan jumlah 3.9 bilion orang berisiko mendapat jangkitan. Kebanyakan jangkitan denggi adalah ringan (demam, sakit kepala, dan sakit otot dan sendi), dan sesetengah orang tidak bergejala, tetapi 1 dalam 20 orang akan mengalami bentuk denggi yang teruk. Dalam kes yang paling teruk, hal ini akan mengakibatkan kegagalan organ dan boleh mengancam nyawa. Justeru itu, pencegahan penyebaran virus denggi adalah sangat penting.
Apakah Wolbachia, dan macam mana bakteria ini boleh mencegah denggi?
Wolbachia ialah bakterium yang boleh menjangkiti nyamuk dan mengubah keupayaannya untuk hidup dan mengawan. Nyamuk membawa virus seperti denggi, dan menjangkiti orang dengan virus tersebut melalui gigitan. Sesetengah spesies nyamuk, dikenali sebagai Aedes , didapati lebih sukar untuk membawa dan menghantar virus denggi semasa mereka telah dijangkiti dengan Wolbachia . Penyelidik yang telah menyuntik mikro ekstrak Wolbachia ke dalam nyamuk dan melepaskan nyamuk pembawa- Wolbachia ke dalam populasi liar, di mana mereka telah membiak dengan nyamuk lain dan menularkan jangkitan Wolbachia . Sebaik sahaja sebahagian besar nyamuk di sesuatu kawasan dijangkiti Wolbachia , terdapat potensi untuk mengurangkan keupayaan nyamuk untuk menyebarkan virus denggi dan mencegah kekerapan jangkitan denggi dalam populasi manusia tempatan. Wolbachia hanya boleh menjangkiti organisma invertebrata (iaitu, haiwan tanpa tulang belakang), justeru itu, tiada risiko bahawa manusia akan dijangkiti dengan bakteria, dan risiko kepada manusia dan persekitaran yang berkaitan dengan pelepasan nyamuk pembawa- Wolbachia adalah dipercayai sebagai minor.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin menentukan sama ada pelepasan nyamuk Aedes pembawa- Wolbachia ke dalam kawasan di mana denggi kerap dijumpai boleh mencegah jangkitan denggi di kalangan orang yang tinggal di sana.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami telah mencari sebarang kajian rawak terkawal (kajian klinikal di mana orang dimasukkan ke dalam satu daripada dua kumpulan rawatan secara rawak) yang telah mengkaji sama ada pelepasan nyamuk Aedes pembawa- Wolbachia ke dalam satu kawasan di mana denggi wujud telah mencegah penyebaran atau insiden denggi, berbanding dengan kawasan yang tiada pelepasan.
Apakah yang telah kami temui?
Kami telah mengenal pasti satu kajian yang telah lengkap yang memenuhi kriteria kemasukan kami, dan dua lagi yang sedang dijalankan. Kajian yang telah lengkap dijalankan di Yogyakarta, Indonesia, dan menyertakan orang berumur tiga sehingga 45 tahun. Kajian yang telah melibatkan pelepasan telur nyamuk yang telah dijangkiti dengan Wolbachia ke dalam separuh daripada kawasan kajian sehingga melebihi 60% daripada nyamuk di kawasan yang membawa Wolbachia . Tiada pelepasan di dalam separuh lagi kawasan kajian.
Kajian telah menguji sama ada kesemua orang yang telah datang ke fasiliti kesihatan tempatan mereka dengan demam untuk menentukan berapa banyak orang yang dijangkiti denggi. Mereka telah membandingkan keputusan antara orang yang tinggal di kawasan di mana nyamuk pembawa- Wolbachia telah dilepaskan dan orang yang tinggal di kawasan di mana tiada nyamuk baru yang telah dilepaskan dalam tempoh 27 bulan.
Kebarangkalian orang yang telah tinggal dalam kawasan di mana nyamuk pembawa- Wolbachia yang telah dilepaskan dijangkiti denggi kemungkinan dikurangkan sebanyak 77% berbanding dengan orang yang telah tinggal di kawasan dengan populasi nyamuk yang liar.
Kira-kira 95.8% nyamuk dalam populasi di kawasan di mana nyamuk pembawa Wolbachia dilepaskan telah dijangkiti bakteria tersebut. Ini menunjukkan bahawa bakteria yang telah dipindahkan kepada nyamuk liar melalui pengawanan selepas nyamuk yang telah dijangkiti dengan Wolbachia tidak lagi dilepaskan. Tiada data yang boleh dipercayai untuk ini dalam kumpulan kajian di mana tiada nyamuk baru yang telah dilepaskan.
Kami juga ingin mengetahui sama ada melepaskan nyamuk pembawa bakteria ke alam liar dikurangkan bilangan nyamuk yang membawa virus denggi, dikurangkan prevalens RNA denggi (bahan genetik virus) dalam populasi nyamuk, atau menyebabkan sebarang kesan tidak diingini . Tambahan juga, kami berminat terhadap kos untuk intervensi ini, dan pandangan komuniti terhadapnya. Kami tidak menjumpai sebarang data yang telah menjawab soalan tersebut.
Apakah batasan bukti?
Keberkesanan strategi Wolbachia kemungkinan bergantung kepada faktor yang khusus kepada lokasi di mana ianya dilaksanakan, seperti iklim, prevalens jangkitan denggi, strategi kawalan vektor sedia ada, atau pandangan komuniti terhadap strategi tersebut. Keupayaan untuk mencapai dan mengekalkan prevalens yang tinggi secara berjaya bagi nyamuk pembawa- Wolbachia adalah kritikal kepada keberkesanan intervensi tersebut, dan ini mungkin berbeza dalam tetapan yang berlainan. Memandangkan kami hanya mengenal pasti satu kajian yang telah lengkap, kami tidak tahu sekiranya keputusan tersebut akan digunakan untuk tetapan dan negara lain.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga 24 Januari 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM).