Soalan ulasan
Ulasan ini menilai kegunaan yoga sebagai rawatan untuk mengawal epilepsi.
Latarbelakang
Epilepsi merupakan gangguan di mana sawan berulang-ulang yang disebabkan oleh discaj elektrik tak normal di dalam otak. Kebanyakan sawan boleh dikawal dengan ubat anti-epileptik (AEDs) tetapi kadang-kala sawan terjadi adalah resistan terhadap ubat-ubatan tersebut. Pesakit mungkin ingin mencuba rawatan-rawatan tanpa ubatan seperti yoga. Diantara 25% dan 40% pesakit epilepsi yang dirawat dengan AEDs mempunyai sawan yang tidak terkawal, mengalami kesan buruk daripada ubat, derita kerana kesan stigma dan mempunyai gangguan psikaitri pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan pesakit-pesakit penyakit kronik yang lain. Bagi mereka yang menghidap epilepsi dan masalah-masalah yang berkaitan adalah penting untuk mewujudkan, menilai, dan melaksanakan satu model rawatan sampingan / komplementari di dalam rawatan harian epilepsi.
Yoga, sebahagian integral budaya India dan warisan, dikatakan dapat memberi kesihatan yang baik - fizikal, mental dan rohani - ke atas pengamal. Terdapat berbagai jenis yoga yang melibatkan senaman-senaman postural (asanas), kawalan pernafasan (pranayama) dan meditasi. Dalam satu kajian, amalan yoga Sahaja, satu jenis meditasi ringkas, mengurangkan sawan dan perubahan-perubahan EEG dalam pesakit epilepsi. Kesan meditasi disebabkan oleh pengurangan tahap stres sebagaimana dibuktikan oleh perubahan-perubahan dalam resistan / rintangan kulit dan tahap lactate dalam darah dan asid vanillylmandelic urin.
Keputusan
Untuk kemas kini ini, kami tidak mengenal pasti apa-apa kajian baru untuk ditambah, dan dengan itu kesimpulan kekal tidak berubah. Ulasan melibatkan dua kajian terkawal yang rawak dan terbuka ( 'unblinded') (RCTs) yang merangkumi sejumlah 50 peserta (dewasa) epilepsi refraktori dan membandingkan mana-mana jenis yoga India yang klasik kepada kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi atau intervensi berbentuk senaman seperti yoga atau Terapi Penerimaan dan Komitmen. Semua peserta meneruskan pengambilan ubat antiepileptik. Hasil yang dinilai adalah: peratus pesakit yang didapati bebas sawan; kekerapan dan jangkamasa sawan; dan kualiti kehidupan. Analisa keputusan keseluruhan keberkesanan menunjukkan rawatan yoga adalah lebih baik berbanding dengan tanpa intervensi atau intervensi selain yoga, tetapi tiada kesimpulan yang boleh dipercayai dapat dicapai berkaitan keberkesanan yoga sebagai rawatan bagi sawan yang tidak terkawal. Kumpulan yoga menunjukkan penambahbaikan ketara dalam kualiti kehidupan mengikut Skala Kepuasan Dengan Kehidupan. Pembutaan / 'Blinding' mungkin mengurangkan keserongan / 'bias' pemerhati. Pembutaan / 'Blinding' pakar pengamal boleh dicapai jika hasil / penemuan dinilai oleh pakar pengamal yang tidak terlibat dalam kajian. Pembutaan / 'blinding' tidak mungkin dapat dilakukan, kerana adalah mudah untuk menentukan samada intervensi yang diberikan ialah yoga ataupun bukan. Adalah ideal jika rekod-rekod sawan diuruskan oleh pemerhati yang tidak tahu / 'blinded'. Hasil kekerapan sawan sebaik-baiknya diekspresikan sebagai bilangan kadar individu yang bebas dari sawan atau kadar bilangan yang mempunyai lebih dari 50% pengurangan dalam kekerapan sawan, memandangkan nilai purata kekerapan sawan adalah kerap-kali 'skewed' / condong sebelah dan sukar untuk dianalisa. Jangka masa sawan boleh diukur dalam saat atau minit (setiap episod atau bulan). Ukuran kualiti hidup yang telah disahkan (spesifik bagi penyakit) mungkin menunjukkan samada terdapat penambahbaikan keseluruhan dalam kualiti hidup sebagai hasil dari intervensi, disamping kawalan sawan.
Kesimpulan
Tiada kesimpulan yang boleh diyakini dapat dibuat pada waktu ini berkenaan keberkesanan yoga sebagai rawatan untuk sawan. Juga, kualiti bukti untuk makluman hasil adalah terhad dan berkualiti rendah. Yoga boleh dikatakan sebagai satu intervensi yang kompleks, sama seperti rawatan-rawatan komplementari dan alternatif. Pada masa ini, yoga hanya boleh menjadi tambahan kepada AEDs dan tidak boleh digunakan sebagai kaedah intervensi tunggal. Akhirnya, tiada bukti yang boleh diyakini dijumpai untuk menyokong kegunaan yoga dan kajian-kajian selanjutnya adalah diperlukan.
Bukti adalah terkini sehingga 3 Januari 2017.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S, Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my