Psikopendidikan bagi adik-beradik orang dengan penyakit mental yang teruk (SMI)

Soalan ulasan .

Ulasan ini membandingkan antara psikopendidikan bagi adik-beradik orang yang berpenyakit mental yang teruk dengan penjagaan lazim atau intervensi lain sebagai cara memperbaik kesejahteraan dan kualiti hidup mereka sendiri serta menghadapi penjagaan adik-beradik mereka yang berpenyakit mental.

Latar belakang .

Program psikopendidikan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kesihatan mental. Ahli keluarga, termasuk adik-beradik orang berpenyakit mental yang teruk sering ditawarkan psikopendidikan. Adalah diharapkan bahawa peningkatan pengetahuan akan membantu saudara lelaki atau perempuan untuk menghadapi lebih berkesan dengan menyediakan penjagaan adik-beradik mereka yang sakit mental dan meningkatkan kesejahteraan mereka sendiri. Intervensi psikopendidikan melibatkan pergaulan antara pemberi maklumat dan adik-beradik orang yang berpenyakit mental. Ini boleh disampaikan dengan pelbagai cara, seperti secara bersemuka atau melalui forum dalam talian atau gabungan cara-cara ini.

Ciri-ciri kajian .

Pencarian kajian rawak yang mengkaji psikopendidikan bagi adik-beradik orang yang berpenyakit mental teruk dijalankan pada tahun 2013. Keputusan pencarian mencadangkan yang adik-beradik membentuk sebahagian kecil ahli keluarga yang menyertai kajian-kajian seperti ini. Hanya satu kajian yang memenuhi kriteria ulasan ditemui. Kajian ini melibatkan sembilan adik-beradik dan membandingkan antara intervensi psikopendidikan dengan penjagaan lazim dalam tetapan penjagaan komuniti, selama tempoh 21 bulan.

Keputusan utama .

Hasil yang lebih baik dari segi menghadapi telah dikenalpasti bagi adik-beradik yang menerima psikopendidikan. Namun begitu, bilangan peserta adalah kecil dan kualiti bukti adalah rendah, dan tiada bukti kukuh bahawa psikopendidikan bermanfaat bagi adik-beradik dalam hal ini dan aspek penting lain (seperti kesejahteraan, kualiti hidup) atau bagi hasil orang dengan penyakit mental (seperti keadaan mental, kemasukan ke hospital atau tempoh tinggal di hospital).

Kualiti bukti .

Kajian lebih lanjut diperlukan untuk memahami peranan psikopendidikan khusus dalam membantu adik-beradik untuk menghadapi memberikan penjagaan bagi adik-beradik berpenyakit mental. Kekurangan kajian yang berkualiti tinggi bermaksud penilaian psikopendidikan jenis mana yang paling berkesan adalah mustahil, walaupun intervensi menggunakan format kumpulan yang mengumpulkan sekali ahli keluarga untuk menerima pendidikan dan berkongsi pengalaman nampaknya diterima baik oleh peserta.

Ringkasan bahasa mudah ini dikarang oleh seorang pengguna: Ben Gray, Penyelidik Kanan Setara, Yayasan McPin http://mcpin.org/

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Hanis Hamdan (Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Jantung Kongenital Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information