Intervensi untuk mencegah kejadian jatuh dikalangan penyakit Parkinson

Soalan Ulasan

Dalam ulasan ini kami menilai bukti tentang kesan intervensi yang direka untuk mengurangkan kejadian jatuh dikalangan pengidap penyakit Parkinson (PD). Intervensi termasuk senaman, ubat-ubatan, pendidikan pencegahan jatuh dan gabungan senaman serta pendidikan. Kami mengecualikan intervensi yang bertujuan untuk mengurangkan kejadian jatuh akibat pengsan (cth pening dan pengsan). Bukti dalam ulasan ini adalah terkini sehingga 16 April 2020.

Latar belakang

Dikalangan yang menghidapi PD, kemunculan kejadian kerap jatuh menunjukkan keadaan penyakit menjadi lebih serious. Maklumat tentang strategi pencegahan kejadian jatuh yang berkesan akan membantu pelaksanaan intervensi pencegahan kejadian jatuh.

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan 32 kajian terkawal rawak dengan 3370 peserta. Daripada jumlah ini, 25 kajian dengan 2700 peserta adalah percubaan senaman. Tiga kajian dengan 242 peserta adalah percubaan ubat. Satu kajian dengan 53 peserta adalah percubaan pendidikan. Tiga kajian dengan 375 peserta adalah gabungan senaman dan pendidikan. Secara keseluruhannya, senaman dan gabungan senaman serta kajian pendidikan melibatkan pesakit yang mengalami PD ringan hingga sederhana.

Keputusan utama

Dua belas kajian membandingkan senaman dengan intervensi kawalan tidak difikirkan dapat mengurangkan kejadian jatuh. Senaman mungkin mengurangkan bilangan kejadian jatuh lebik kurang 26%. Senaman mungkin sedikit mengurangkan bilangan orang yang mengalami satu atau lebih kejadian jatuh sekitar 10%. Senaman boleh meningkatkan sedikit kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan sejurus selepas program senaman. Walau bagaimanapun, kami tidak pasti jika ia mengurangkan bilangan kejadian patah tulang yang berkaitan dengan kejadian jatuh, jika perkara ini mempunyai kesan ke atas bilangan kejadian buruk atau jika perkara ini merupakan intervensi yang menjimatkan kos untuk mencegah kejadian jatuh.

Tiga kajian membandingkan perencat kolinesterase (sama ada rivastigmine atau donepezil) dengan ubat plasebo (rawatan tidak aktif) dan mendapati bahawa ubat ini boleh mengurangkan kadar jatuh sekitar 50%. Walau bagaimanapun, kesan ubat terhadap bilangan orang yang mengalami satu atau lebih kejadian jatuh, dan pada kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan adalah tidak pasti. Ubat perencat Cholinesterase boleh meningkatkan bilangan kejadian buruk yang tidak berkaitan dengan kejadian jatuh sekitar 60%. Tiada maklumat tentang keberkesanan kos ubat untuk pencegahan kejadian jatuh.

Satu kajian membandingkan pendidikan sahaja dan tiga kajian membandingkan gabungan senaman dan pendidikan dengan kumpulan kawalan. Gabungan senaman dan pendidikan mungkin memberi sedikit perbezaan atau tiada perbezaan kepada bilangan orang yang mengalami satu atau lebih kejadian jatuh. Walau bagaimanapun, kami tidak pasti tentang kesan intervensi ini pada hasil kejadian jatuh dan bukan kejadian jatuh yang lain.

Kepastian bukti

Semua kajian mempunyai risiko bias yang tinggi atau tidak jelas dalam sekurang-kurangnya satu aspek. Perkara ini boleh mempengaruhi cara kajian dijalankan dan bagaimana hasil dinilai.

Bagi intervensi senaman, kepastian bukti untuk kadar kejadian jatuh dan bilangan orang yang mengalami satu atau lebih kejadian jatuh adalah sederhana. Kualiti bukti adalah rendah atau sangat rendah untuk semua hasil.

Untuk ubat-ubatan, pendidikan dan gabungan senaman dan pendidikan, kepastian bukti adalah rendah hingga sangat rendah untuk semua hasil.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad RIzal dan disunting oleh Chan Mei Wai(RCSI &UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information