Bagaimana kaunseling video waktu nyata berbanding kaunseling telefon membantu orang berhenti merokok?

Latar belakang

Perisian komunikasi video seperti Skype dan FaceTime membolehkan kaunselor melihat dan mendengar orang melalui Internet untuk membantu mereka berhenti merokok. Kaunseling video boleh membantu ramai orang untuk berhenti merokok kerana lebih empat bilion orang menggunakan Internet, dan perisian komunikasi video adalah percuma.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian pada 13 Ogos 2019, dan mendapati dua yang memenuhi kriteria kemasukan kami. Fokus utama kami adalah untuk mengetahui jika kaunseling video secara individu atau kumpulan boleh membantu orang berhenti merokok dan bagaimana ia berbandin dengan jenis-jenis sokongan lain untuk membantu orang berhenti. Kami juga mengkaji kesan kaunseling video waktu nyata tentang berapa kali orang cuba berhenti, bilangan sesi yang mereka lengkapkan, kepuasan dengan kaunseling, hubungan mereka atau ikatan dengan kaunselor dan kos menggunakan komunikasi video untuk membantu orang berhenti merokok. Kedua-dua kajian dilaksanakan di Amerika Syarikat, dan memasukkan orang-orang dari kawasan luar bandar atau wanita dengan HIV. Kedua-dua kajian memberi sesi video satu-ke-satu kepada individu. Terdapat lapan sesi video dalam satu kajian dan empat sesi video dalam satu lagi kajian. Kedua-dua kajian membandingkan kaunseling video untuk kaunseling telefon dan melihat sama ada orang berhenti merokok, bilangan sesi yang mereka selesaikan dan kepuasan mereka dengan program tersebut. Satu kajian meneliti berapa kali orang cuba berhenti dan satu kajian lagi melihat hubungan atau ikatan dengan kaunselor.

Penemuan-penemuan utama

Adalah tidak jelas bagaimana kaunseling video berbanding kaunseling telefon membantu orang berhenti merokok. Orang yang menggunakan kaunseling video lebih cenderung berbanding mereka yang menggunakan kaunseling telefon untuk mengesyorkan program itu kepada rakan atau seseorang di dalam keluarga mereka, tetapi kami mendapati tiada perbezaan dalam kepuasan mereka, bilangan sesi video atau sesi telefon yang dilengkapkan, sama ada semua sesi telah lengkap dan dalam hubungan atau ikatan dengan kaunselor.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti untuk berhenti merokok sebagai sangat rendah. Hanya ada dua kajian, dan batasan-batasan dalam kajian-kajian ini menyukarkan untuk membuat kesimpulan yang boleh percaya tentang sama ada kaunseling video membantu orang untuk berhenti merokok. Ia harus diambil kira apabila melihat penemuan-penemuan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information