Apakah matlamat ulasan ini?
Perencat aromatase (AI) adalah terapi hormon yang digunakan untuk merawat jenis tertentu kanser payudara dalam wanita selepas menopaus. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan sakit sendi dan otot (dipanggil perencat aromatase penyebab gejala ototrangka, atau AIMSS). Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada terapi senaman boleh mengurangkan kesakitan ini dalam kalangan wanita yang menjalani rawatan untuk kanser payudara fasa awal.
Mesej utama
Ia adalah tidak jelas jika senaman menambahbaik, memburukkan, atau tidak membuat perbezaan terhadap kesakitan, kualiti hidup, kekuatan cengkaman, atau bilangan wanita yang terus mengambil ubat AI. Senaman mungkin mengakibatkan sedikit hingga tiada perbezaan dalam kekakuan dalam kalangan wanita yang menderita dengan AIMSS, namun kepastian bukti ini juga adalah rendah. Senaman mungkin selamat dalam kalangan wanita dengan AIMSS.
Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Kajian telah menunjukkan manfaat survival untuk wanita apabila mereka mengambil AIs selama lima hingga sepuluh tahun selepas pembedahan, tetapi malangnya, ia dikaitkan dengan kesan sampingan ototrangka yang boleh menyebabkan sesetengah wanita berhenti mengambil ubat mereka, yang mungkin mempunyai kesan terhadap survival mereka. Kami melihat sama ada senaman boleh membantu mencegah atau merawat sakit sendi, kekakuan dan sakit otot dari AIs yang sedang diambil oleh wanita dengan kanser payudara untuk mengelakkan ia berulang. Kami melihat pada kajian penyelidikan tentang senaman berbanding dengan sama ada penjagaan biasa, berada dalam senarai menunggu untuk rawatan senaman, atau lain-lain senaman seperti berjalan, dalam kalangan wanita yang mempunyai AIMSS. Wanita berumur 18 tahun ke atas dengan kanser payudara peringkat awal yang dirawat dengan AI adalah dilibatkan. Dalam kebanyakan kajian, wanita terpaksa mengalami sakit sendi atau otot semasa dirawat dengan AI.
Kami mengkaji beberapa hasil, termasuk perubahan dalam kesakitan, kekakuan, kekuatan tangan (kekuatan cengkaman), bilangan wanita yang masih mengambil ubat AI, kualiti hidup wanita yang mengambil ubat AI, dan keselamatan program senaman.
Apakah keputusan utama ulasan ini?
Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati tujuh kajian dengan 400 wanita. Kajian-kajian ini melibatkan bilangan wanita yang berbeza, terdiri daripada 20 hingga 121 peserta. Tiga kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat, satu kajian di UK, satu kajian di Australia, satu kajian di Kanada dan satu kajian di Jepun. Secara keseluruhannya, kepastian bukti bagi kebanyakan hasil adalah amat rendah. Ini mungkin kerana banyak kajian tidak mempunyai ramai peserta, menjadikannya sukar untuk mencari perbezaan yang kecil. Masalah lain adalah wanita dan rakyat menilai keputusan, tahu apakah terapi senaman yang wanita telah terima, dan ini mungkin telah memperkenalkan berat sebelah. Banyak kajian tidak melaporkan semua keputusan mereka, dan beberapa kajian tidak dijalankan kepada piawai penyelidikan yang tinggi.
Oleh itu ia adalah tidak jelas sama ada senaman mempunyai kesan positif atau negatif terhadap kesakitan, kekuatan cengkaman, bilangan wanita yang terus mengambil ubat AI, atau kualiti hidup wanita dengan AIMSS, kerana kepastian bukti yang sangat rendah. Senaman mungkin menyebabkan sedikit hingga tiada perubahan dalam kekakuan dalam wanita yang menderita dengan AIMSS. Yang penting, senaman mungkin selamat, tanpa kemudaratan dilaporkan, walaupun kajian tidak menyusul wanita-wanita tersebut selama sekian lama. Tiada data yang ada untuk menilai kesan senaman terhadap survival wanita dengan AIMSS. Walaupun penemuan ini tidak muktamad, senaman masih perlu disyorkan sebagai sebahagian daripada penjagaan rutin untuk wanita dengan kanser payudara, kerana faedahnya yang luas.
Sejauh manakah ulasan ini dikemaskini?
Carian terakhir untuk kajian dalam ulasan ini telah dilakukan pada Disember 2018 dan carian kajian berterusan telah dijalankan pada bulan Ogos 2019.
Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my