Kumpulan Cochrane Neonatal telah menghasilkan lebih daripada 400 ulasan sepanjang dua dekad yang lalu dan, pada Februari 2022, mereka menerbitkan gambaran keseluruhan mereka tentang ulasan rawatan untuk pernafasan yang cepat dalam kalangan bayi. Mereka meminta dua daripada pengarang bersama, Olga Romantsik dan Matteo Bruschettini dari Hospital Universiti Skåne di Lund,weden, untuk memberitahu tentang penemuan terkini.
Kumpulan Cochrane Neonatal telah menghasilkan lebih daripada 400 ulasan sepanjang dua dekad yang lalu dan, pada Februari 2022, mereka menerbitkan gambaran keseluruhan mereka tentang ulasan rawatan untuk pernafasan yang cepat dalam kalangan bayi. Mereka meminta dua daripada pengarang bersama, Olga Romantsik dan Matteo Bruschettini dari Hospital Universiti Skåne di Lund,weden, untuk memberitahu tentang penemuan terkini.
Pernafasan cepat sejurus selepas kelahiran, atau lebih teknikal, tachypnoea sementara bayi baru lahir, adalah punca paling biasa masalah pernafasan dalam kalangan bayi. Ia dicirikan oleh dua elemen: pernafasan pantas, iaitu lebih daripada 60 nafas seminit, dan tanda-tanda kesukaran bernafas. Ia biasanya muncul dalam masa dua jam pertama kehidupan pada bayi yang dilahirkan pada atau selepas 34 minggu kehamilan dan, walaupun ia biasanya bertambah baik tanpa rawatan, ia mungkin dikaitkan dengan semput pada lewat kanak-kanak dan oleh itu adalah penting untuk menyemak bukti tentang cara yang mungkin. untuk merawatnya.
Di antara beratus-ratus ulasan daripada Kumpulan Cochrane Neonatal, terdapat beberapa penilaian rawatan untuk tachypnoea sementara bayi baru lahir dan gambaran keseluruhan mereka telah meringkaskan asas bukti ini dalam satu dokumen yang konsisten. Gambaran Keseluruhan seperti ini menyediakan pendekatan yang lebih luas dan komprehensif daripada Kajian Cochrane standard, di mana kajian utama dilaporkan. Dengan melakukan ini, pengarang ulasan ini berharap dapat meningkatkan pemahaman profesional, pesakit dan orang ramai tentang keberkesanan dan keselamatan pelbagai rawatan untuk pesakit kecil ini.
Pengarang menyertakan enam ulasan Cochrane. Tiga daripadanya menilai ubat-ubatan yang mengeluarkan cecair berlebihan dari paru-paru: salbutamol, epinefrin, kortikosteroid, dan satu lagi menilai diuretik, yang menggalakkan rembesan cecair paru-paru dalam air kencing. Dua ulasan yang lain adalah tentang kesan memberi bayi kuantiti cecair yang lebih sedikit dan menggunakan sokongan pernafasan tanpa memasukkan tiub ke dalam paru-paru mereka
Mereka mendapati bahawa salbutamol boleh mengurangkan tempoh pernafasan yang cepat berbanding plasebo tetapi kajian mengenai epinefrin, kortikosteroid dan pemberian kuantiti cecair yang sedikit tidak memberikan maklumat tentang hasil ini. Berkenaan dengan kesan diuretik berbanding plasebo atau kesan menyediakan pelbagai jenis sokongan pernafasan tanpa memasukkan tiub ke dalam paru-paru berbanding oksigen atau jenis sokongan pernafasan yang lain, buktinya adalah sangat tidak pasti.
Terdapat juga banyak ketidakpastian tentang kesan pada pengudaraan mekanikal, di mana tiub dimasukkan ke dalam paru-paru bayi dan mesin digunakan untuk membantu mereka bernafas. Pertama, kajian mengenai diuretik tidak memberikan maklumat mengenai hasil ini. Sementara, untuk intervensi lain, kajian sedia ada tidak dapat menunjukkan kepada kita dengan jelas sama ada ubat yang diuji mengurangkan keperluan untuk pengudaraan mekanikal atau tidak, atau sama ada sokongan pernafasan tanpa memasukkan tiub ke dalam paru-paru, atau memberikan kuantiti cecair yang sedikit adalah berfaedah. Ini bermakna masih banyak bidang yang memerlukan lebih banyak kajian.
Pengarang memerlukan kajian rawak yang besar, jika mereka ingin mendapatkan bukti yang boleh dipercayai tentang manfaat dan mudarat intervensi ini untuk bayi baru lahir dengan tachypnoea sementara. Kajian-kajian ini perlu menyertakan penilaian perjalanan klinikal keadaan dan ia juga baik untuk melihat ujian gabungan intervensi, seperti menggunakan sokongan pernafasan bukan invasif dan salbutamol pada bayi yang sama.
Kajian diterbitkan dalam talian, di Perpustakaan Cochrane dot com. Jika orang pergi ke tapak web dan mencari "gambaran tachypnea" mereka akan melihat pautan kepadanya.
Dirakamkan oleh Patricia Ponniah dari Klinik Pergigian Seremban. Diterjemahkan oleh Nila Pillai dari Cochrane Malaysia. Disunting oleh Shazlin Shaharudin dari Universiti Sains Malaysia.