Mesej-mesej utama
Disebabkan oleh bukti yang lemah, kami tidak tahu sama ada:
- azoles yang diambil sebagai krim atau titisan lebih baik daripada tanpa rawatan atau rawatan plasebo;
- beberapa azole lebih baik untuk berhenti jangkitan daripada yang lain.
Terdapat keperluan untuk kajian yang dijalankan dengan baik yang menyiasat risiko dan faedah rawatan-rawatan ini untuk otomikosis.
Apa itu otomikosis?
Otomikosis adalah jangkitan telinga yang disebabkan oleh mikro-organisma yang disebut kulat (berkaitan dengan yis dan cendawan). Ini kebanyakannya mempengaruhi orang yang tinggal di kawasan panas atau tropika. Otomikosis biasanya menyebabkan telinga gatal, dan juga boleh menyebabkan sakit telinga, kehilangan pendengaran dan cecair (discaj) yang keluar dari telinga.
Otomikosis dapat diubati dengan banyak krim atau titisan yang berbeza yang melawan kulat dan disapu ke telinga (rawatan topikal). Paling banyak digunakan adalah dari sekumpulan ubat-ubatan yang dikenali azole.
Apakah yang ingin kami kenal pasti?
Kami ingin mengetahui mengenai risiko dan faedah menggunakan azole topikal untuk merawat otomikosis.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari kajian yang membandingkan rawatan azole topikal dengan:
• plasebo (rawatan palsu);
• tiada rawatan; atau
- rawatan azole lain.
Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian-kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang telah kami temui?
Kami menemui empat kajian yang melibatkan 559 orang dari Sepanyol, Mexico dan India. Tiga kajian merangkumi kanak-kanak dan orang dewasa, dan satu melibatkan orang dewasa sahaja.
Kajian-kajian tersebut membandingkan:
- azole topikal 'clotrimazole' terhadap azole topikal yang berbeza (eberconazole, fluconazole atau miconazole; tiga kajian); dan
- azole topikal 'bifonazole' sebagai krim terhadap titisan bifonazol (satu kajian).
Tiada kajian membandingkan azole topikal dengan plasebo atau tanpa rawatan.
Clotrimazole berbanding dengan azole topikal lain
Bukti menunjukkan bahawa, 24 hari selepas permulaan rawatan, mungkin ada sedikit atau tidak ada perbezaan antara clotrimazole dan azole topikal lain dalam:
- bilangan orang yang telinganya tidak lagi dijangkiti kulat;
- bilangan kesan buruk (tidak diingini) yang teruk, seperti reaksi alahan yang teruk;
- bilangan kesan tidak diingini yang tidak teruk.
Bukti tidak cukup kukuh untuk kita menentukan sama ada clotrimazole:
- lebih baik daripada azole topikal lain untuk menghentikan otomikosis.
Krim bifonazole dibandingkan dengan titisan bifonazole
Bukti tidak cukup kukuh untuk kita membandingkan faedah dan risiko krim bifonazole berbanding titisan bifonazol.
Apakah batasan bukti tersebut ?
Batasan utama bukti adalah bahawa ia bergantung pada beberapa kajian yang:
- kadang-kadang mempunyai hasil yang bertentangan;
- dijalankan di beberapa negara sahaja; dan
- kajian mungkin telah dilakukan dengan cara yang memasukkan kesilapan ke dalam keputusannya.
Adakah bukti ini terkini?
Bukti adalah terkini sehingga November 2020.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.