Permulaan waktu sekolah lebih lewat untuk menyokong pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar sekolah tinggi.

Matlamat ulasan

Ulasan in bermatlamat menilai kesan permulaan waktu sekolah yang lebih lewat untuk hasil akademik, amaun dan kualiti tidur, penunjuk kesihatan mental, kehadiran, dan kecergasan dalam kalangan pelajar sekolah tinggi.

Latar belakang

Pelajar sekolah tinggi berisiko tinggi kurang tidur berbanding kumpulan lain, akibat perubahan kimia otak dan tuntutan masa, termasuk waktu permulaan sekolah. Bagi tujuan ini, kami ingin menentukan jika melewatkan waktu permulaan sekolah boleh dikaitkan dengan manfaat akademik, tempoh tidur lebih lama, kesihatan mental yang lebih baik, peningkatan kehadiran pelajar, atau kecergasan pelajar serta hasil sekunder seperti diet dan senaman, kemalangan, aspek sosial sekolah, dinamik keluarga yang berubah, enrolmen sekolah atau perubahan di dalam komuniti.

Ciri-ciri kajian

Bukti yang terdapat dalam ulasan ini adalah terkini sehingga Februari 2016 dan berdasarkan kepada 17 laporan yang mewakili 11 kajian unik dalam kalangan 297,994 pelajar sekolah tinggi. Kajian-kajian tersebut menilai pelbagai perubahan waktu persekolahan (misalnya melewatkan waktu permulaan sekolah lima belas minit kemudian, melewatkan waktu permulaan sekolah sejam kemudian) dan pelbagai tempoh intervensi (dalam jangkmasa dua minggu dan sehingga setahun), tetapi semuanya berfokuskan persekitaran semulajadi (pelajar berada di sekolah bukan di persekitaran makmal). Walaupun 5 dari 11 kajian mendapat dana, sumber dana adalah daripada institusi akademik dan penyelidikan berbanding agensi dengan minat komersial di dalam keputusan penilaian program.

Keputusan utama

Oleh kerana bukti adalah terhad dan berkualiti rendah, kami tidak dapat menentukan kesan melewatkan waktu permulaan persekolahan dengan yakin. Kami mendapati waktu permulaan sekolah yang lebih lewat mungkin memberi manfaat akademik, namun keputusan dari empat kajian memberi keputusan yang bercampur-campur. Waktu persekolahan yang lewat dikaitkan dengan peningkatan waktu tidur pelajar berdasarkan sintesis dua kajian, dan bukti dari enam kajian lain juga menyokong hubungkait di antara waktu permulaan persekolahan lewat dengan peningkatan tempoh tidur. Satu kajian melaporkan permulaan waktu persekolahan lewat menunjukkan kurang gejala kemurungan berbanding rakan sebaya di sekolah yang bermula awal. Kajian yang berbeza melaporkan keputusan yang bercampur-campur tentang hubungkait waktu permulaan persekolahan lewat dengan peningktan kehadiran dan kecergasan pelajar. Intervensi-intervensi tersebut mungkin berpotensi untuk mempunyai kesan buruk terhadap logistik, kerana bahagian kualitatif satu kajian melaporkan kurang interaksi di antara pelajar dengan ibubapa, satu lagi kajian melaporkan kesukaran staf dan penjadualan. Oleh kerana bukti yang terhad dan berkualiti rendah, kami tidak dapat membuat rumusan kukuh tentang kesan buruk melewatkan waktu permulaan persekolahan.

Kualiti bukti

Bukti ini adalah berkualiti rendah, lantas kami tidak dapat membuat andaian bahawa dapatan ini menggambarkan manfaat sebenar atau kesan buruk melewatkan waktu permulaan persekolahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information