Penilaian perubahan memori dan fungsi harian dalam kalangan warga emas menggunakan soal selidik berstruktur, IQCODE

Memperbaik penilaian orang yang mungkin ada demensia adalah keutamaan penjagaan kesihatan dan sosial, inisiatif terkini untuk meningkatkan kadar diagnosis demensia telah menarik perhatian. Kini, kami tidak mempunyai pendekatan yang dipersetujui untuk menguji demensia. Terdapat banyak ujian yang boleh membantu mengenal pasti orang dengan masalah memori dan berfikir yang mencadangkan demensia, tetapi tiada persetujuan tentang ujian terbaik. Mungkin sesetengah ujian adalah lebih sesuai dalam persekitaran penjagaan kesihatan berbanding yang lain.

Ulasan kami tertumpu kepada ketepatan penilaian demensia berdasarkan soal selidik, dikenali sebagai IQCODE (Soal Selidik Kemerosotan Kognitif dalam Warga Emas). Kami terangkan bagaimana IQCODE berguna di persekitaran hospital. Dalam istilah ‘hospital’, kami sertakan klinik pakar memori, unit psikiatri warga emas, serta klinik dan wad hospital dan perkhidmatan warga emas umum dalam hospital.

Kami mencari pangkalan data elektronik penyelidikan yang diterbitkan, semua kajian IQCODE di persekitaran hospital. Kami mencari dari terbitan pertama dalam pangkalan data saintifik sehingga dan termasuk Januari 2013.

Kami menemui 13 kajian relevan yang mempunyai keputusan yang sesuai digabung ke dalam satu analisis. Dari kertas-kertas ini, enam (1352 peserta) kajian menjelaskan kajian yang berlangsung dalam perkhidmatan ‘pakar’, seperti klinik dan wad memori. Tiga (566 peserta) kajian menjelaskan kajian dalam perkhidmatan warga emas umum dan empat kajian (827 peserta) menyertakan perkhidmatan pakar dan umum.

Dalam meringkaskan kertas-kertas sedia ada, kami mendapati IQCODE adalah berguna dalam ‘mengesampingkan’ kemungkinan demensia dalam persekitaran hospital umum. Jika seseorang mendapat skor rendah dalam ujian IQCODE, mereka mungkin tidak mengalami demensia. IQCODE kurang berguna di klinik pakar memoeri dan wad psikiatri. Kami juga mendapati IQCODE versi pendek memberi keputusan sama berbanding versi asal yang lebih panjang.

Kami melihat sama ada reka bentuk kajian-kajian tersebut sesuai untuk menjawab soalan kajian ini. Kam mendapati beberapa keadaan di mana reka bentuk kajian boleh diperbaik. Misalnya, tujuh daripada tiga belas hanya melibatkan sebahagian orang yang menghadiri perkhidmatan yang boleh dinilai dengan IQCODE. Kami juga melihat bagaimana para penyelidik melaporkan pelaksanaan dan keputusan kajian mereka. Sering terdapat banyak peluang di mana pelaporan boleh diperbaik. Isu lazim adalah tidak menggambarkan keterukan masalah memori dan berfikir dalam kalangan orang yang disangka ada diagnosis demensia, hanya dilaporkan dalam tiga kajian yang disertakan.

Ringkasnya, IQCODE mungkin berguna untuk menilai orang dewasa bagi kemungkinan demensia. Masih terdapat beberapa soalan yang tidak terjawab tentang berapa bergunakah IQCODE di persekitaran hospital. Misalnya, sebelum mengguna IQCODE secara rutin, kami perlu jelaskan jika penggunaannya praktikal dan boleh diterima oleh kakitangan hospital, pesakit dan penjaga mereka.

Ulasan ini dijalankan oleh kumpulan penyelidik yang berpusat di pusat-pusat penyelidikan di UK (Glasgow, Leicester, Oxford). Kami tidak menerima dana eksternal khusus untuk kajian ini, dan kami tiada konflik kepentingan yang mungkin mempengaruhi penilaian data penyelidikan kami.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Roshan Arjun Ananda (Mackay Base Hospital, Queensland). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information