Apakah matlamat ulasan ini?
Kami berhasrat untuk mementukan sama ada rawatan berterusan yang sedia ada untuk kawalan penyakit leukemia limfositik kronik pada orang dewasa mempunyai keseimbangan yang boleh diterima antara kebaikkan dan kemudaratan selepas rawatan terdahulu.
Mesej utama
Kita dapati bahawa terapi berterusan pada orang dewasa dengan CLL selepas rawatan terdahulu mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kalangsungan hidup jangka panjang. Walaupun terapi ini mungkin melanjutkan tempoh masa pengawalan penyakit, hal ini dikaitkan dengan peningkatan kejadian yang tidak diinginni, terumatanya yang berkaitan dengan ubat-ubatan.
Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?
CLL ialah kanser sel darah yang melibatkan limfosit, sekumpulan sel darah putih yang membantu badan melawan jangkitan dan penyakit. Semenjak 20 tahun yang lalu, kadar kawalan serta kelangsungan hidup pesakit telah meningkat secara signifikan dengan penggunaan kemoterapi serta imunoterapi, diikuti dengan pengenalan novel oral targeted therapy sebagai rawatan utama untuk CLL. Meskipun kemajuan ini, pesakit CLL mungkin masih mengalami penyakit yang tidak respons terhadap rawatan. Rawatan berterusan bertujuan untuk meningkatkan tindak balas rawatan dan memanjangkan kelangsungan hidup, tetapi juga boleh meningkatkan risiko kejadian yang tidak diingini. Antara ubat-ubat-ubatan yang tersedia untuk intervensi berlangsungan termasuklah antibodi monoklonal anti-CD20 (mAbs), ubat imunomodulator dan anti-CD52 mAbs. Ubat-ubatan ini membawa kesan sampingan yang serius jika diberi dalam jangka masa yang panjang. Masih tidak jelas sama ada faedah rawatan berterusan ini memberi lebih risiko, kerana ia mungkin tidak mencapai keseimbangan yang memuaskan antara kawalan penyakit dan kelangsungan hidup yang berpanjangan tanpa meningkatkan kematian berkaitan rawatan atau kejadian yang tidak diingini. Pesakit CLL yang mencapai remisi selepas rawatan fasa pertama mesti menimbang faedah dan risiko tentang pemantauan atau terapi berterusan dengan teliti.
Apa yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui sama ada terapi berterusan berikutan rawatan terdahulu berkesan dalam mengawal penyakit untuk orang dewasa dengan CLL dan jika ia menyebabkan sebarang kesan sampingan yang buruk.
Apa yang kami lakukan?
Kami mencari kajian yang membandingkan terapi berterusan dengan plasebo (rawatan dummy) atau pemerhatian, atau perbandingan terus terapi-terapi berterusan. Kami bandingkan dan ringkaskan keputusan-keputusan tersebut dan menilai keyakinan bukti berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian-kajian.
Apa yang kami dapati?
Kami mengenal pasti 11 kajian (2393 peserta) untuk dimasukkan dalam semakan. Semua kajian adalah ujian terkawal rawak (RCT), yang merupakan kajian klinikal yang paling boleh dipercayai kerana mereka secara rawak memperuntukkan orang untuk menerima rawatan (kumpulan intervensi) atau tiada rawatan (kumpulan kawalan). Kami menjanakan bukti daripada 10 kajian (2341 peserta) untuk menilai faedah dan kemudaratan terapi bertereusan untuk CLL jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang menerima pemerhatian atau plasebo (rawatan dummy).
Dibandingkan dengan pemerhatian, anti-CD20 mAbs mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kelangsungan hidup secara keseluruhan (bukti daripada 3 kajian dengan 1152 peserta), tetapi mungkin meningkatkan masa di mana penyakit itu dikawal (kelangsungan hidup tanpa perkembangan) (bukti daripada 5 kajian dengan 1255 peserta).
Dibandingkan dengan plasebo/pemerhatian, IMiD mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kelangsungan hidup secara keseluruhan (bukti daripada 3 kajian dengan 461 peserta), tetapi mungkin menghasilkan peningkatan yang besar dalam kelangsungan hidup tanpa perkembangan (bukti daripada 3 kajian dengan 461 peserta).
Dibandingkan dengan pemerhatian, anti-CD20 mAbs boleh mengakibatkan peningkatan kesan sampingan yang serius (bukti daripada 5 kajian dengan 1284 peserta), tetapi mungkin tidak menjejaskan peluang untuk mati akibat rawatan (bukti daripada 4 kajian dengan 1189 peserta). Anti-CD20 mAbs mungkin mengurangkan sedikit bilangan orang yang menghentikan rawatan (bukti daripada 6 kajian dengan 1321 peserta), tetapi mungkin meningkatkan sedikit jumlah keseluruhan kesan sampingan (bukti daripada 6 kajian dengan 1321 peserta).
Dibandingkan dengan plasebo/pemerhatian, IMiD boleh meningkatkan kesan sampingan yang serius (bukti daripada 2 kajian dengan 400 peserta), dan mungkin meningkatkan sedikit bilangan orang yang meninggal dunia akibat rawatan berterusan ini. (bukti daripada 3 kajian dengan 458 peserta). Bukti untuk kesan IMiD pada bilangan orang yang menghentikan rawatan adalah sangat tidak pasti (bukti daripada 2 kajian dengan 400 peserta), tetapi IMiD mungkin meningkatkan jumlah keseluruhan kesan sampingan (bukti daripada 3 kajian dengan 458 peserta).
Kami tidak dapat bukti yang mencukupi untuk menentukan sama ada terapi berterusan dengan anti-CD20 mAbs akan menjejaskan kualiti kehidupan terutamanya berkaitan dengan kesihatan, dan keyakinan kami terhadap bukti ini adalah rendah (bukti daripada 1 kajian dengan 480 peserta).
Tiada kajian menilai intervensi berterusan baharu yang lain, seperti B-cell receptor inhibitor, B-cell leukemia-2/lymphoma-2 inhibitor, atau Obinutuzumab.
Apakah batasan bukti?
Kepastian bukti keseluruhan (keyakinan) kebanyakannya adalah sederhana hingga rendah disebabkan oleh isu-isu dalam percubaan seperti potensi berat sebelah, perbezaan dalam ciri-ciri-ciri asas dan anggaran kesan intervensi yang tidak tepat.
Sejauh mana ulasan ini dikemaskini?
Bukti ini adalah terkini sehingga Januari 2022.
Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Daniel Hazim Mohd Shukri, Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA). Disunting oleh Mohamad Masykurin Bin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).