Intervensi telah bermula semasa kemasukan ke hospital untuk membantu orang berhenti merokok

Mesej-mesej utama

- Semasa orang yang merokok dimasukkan ke satu hospital, mereka boleh dibantu untuk berhenti merokok sekiranya mereka menerima kaunseling berhenti merokok yang bermula di dalam hospital dan berterusan untuk sekurang-kurangnya satu bulan selepas mereka kembali ke rumah, dibandingkan kepada tanpa kaunseling.

- Ubat-ubatan, termasuk tampalan nikotin dan vareniklin, dalam kombinasi dengan kaunseling juga membantu orang berhenti merokok selepas keluar hospital. Rawatan tersebut berfungsi lebih baik daripada tidak memulakan kaunseling atau ubat semasa dimasukkan ke hospital.

- Bukti ini menyokong hospital dan doktor hospital yang menawarkan sokongan kepada pesakit untuk pemberhentian dalam hospital dan selepas keluar hospital, dan menunjukkan bahawa pesakit boleh bermanfaat daripada permulaan perjalanan mereka untuk berhenti merokok sebelum, atau selepas, keluar hospital, untuk kekal berhenti selepas keluar hospital.

Apakah yang telah kami temui?

Kami ingin mengetahui apa intervensi yang membantu untuk menyokong orang merokok yang dimasukkan ke hospital untuk berhenti merokok. Maklamat utama kami adalah untuk mengetahui rawatan mana yang membantu pesakit yang masuk ke hospital untuk berhenti merokok untuk sekurang-kurangnya untuk enam bulan. Hal ini adalah penting kerana merokok menyumbang kepada banyak masalah kesihatan, termasuk kanser, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru. Orang yang merokok dan telah dimasukkan ke hospital untuk merawat satu penyakit perubatan, terutamanya penyakit yang berkaitan dengan merokok, mungkin lebih senang menerima nasihat untuk berhenti merokok. Persekitaran hospital yang bebas rokok boleh membantu mereka untuk mencuba tidak merokok dan memulakan rawatan untuk kekal tidak merokok selepas meninggalkan hospital.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari kajian-kajian yang melihat kepada intervensi berhenti merokok (ubat-ubatan berbanding dengan tiada rawatan atau pil dummy dan/ atau kaunseling berbanding dengan tiada kaunseling) yang bermula semasa kemasukan ke hospital perubatan. Ubat pemberhentian merokok secara amnya berkesan untuk mengurangkan simptom penarikan diri dan menahan keinginan; NRT dengan memberikan nikotin tahap rendah tanpa bahan kimia beracun, dan ubat seperti varenicline dan bupropion, di mana tidak mengandungi nikotin, dengan secara langsungnya menyasarkan kepada ganjaran dan pusat keseronokan/ketagihan di dalam otak. Pemberian rawatan-rawatan tersebut sebelum seseorang discaj daripada hospital membolehkan mereka mendapat langkah permulaan untuk berhenti merokok, disebabkan kemasukan ke hospital mereka adalah bebas rokok. Kami telah mencari kajian rawak terkawal atau kajian rawak terkawal-kuasi, di mana rawatan orang yang diterima ditentukan secara rawak atau separa rawak. Kajian rawak biasanya memberikan bukti yang paling boleh dipercayai dan kukuh tentang kesan-kesan rawatan.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah menemui 82 kajian tentang intervensi pemberhentian merokok yang bermula di dalam hospital dengan 42,273 pesakit. Kajian-kajian tersebut telah membandingkan kaunseling (berbanding dengan tanpa kaunseling) dan/atau ubat-ubatan seperti terapi penggantian nikotin, vareniklin, dan bupropion (berbanding dengan tiada ubat atau plasebo). Kajian-kajian tersebut berlangsung di 17 buah negara (Australia, Belgium, Brazil, Kanada, China, Denmark, Perancis, Ireland, Israel, Japan, Belanda, Norway, South Korea, Sepanyol, Tunisia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat).

Keputusan-keputusan utama

Orang adalah lebih cenderung untuk berhenti merokok untuk sekurang-kurangnya enam bulan sekiranya mereka menerima kaunseling berhenti merokok yang bermula di dalam hospital dan berterusan untuk lebih daripada sebulan selepas discaj berbanding dengan mereka yang tidak menerima kaunseling (28 kajian, 8234 orang). Kaunseling yang lebih pendek dan kurang intensif adalah kurang efektif. Orang adalah lebih cenderung untuk berhenti merokok untuk sekurang-kurangnya enam bulan sekiranya terapi penggantian nikotin (NRT) dimulakan dalam hospital (8 kajian, 3838 orang), atau sekiranya vareniklin dimulakan di dalam hospital (4 kajian, 829 orang), berbanding dengan sekiranya mereka tidak menerima ubat atau sekiranya mereka menerima ubat plasebo. Terdapat bukti minimum untuk keberkesanan bupropion dalam membantu individu berhenti merokok pada enam bulan. Orang yang menerima kaunseling di dalam hospital adalah lebih cenderung untuk berhenti merokok selepas discaj dengan menggunakan kombinasi kaunseling dan ubat berbanding dengan tidak menerima kedua-duanya (7 kajian, 5610 orang). Akhirnya, terdapat bukti yang tidak mencukupi tentang keberkesanan quitlines dalam memberikan sokongan selepas discaj dari hospital.

Apakah batasan bukti?

Keputusan kami adalah berdasarkan pelbagai kajian. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih kajian untuk mengesahkan sesetengah penemuan kami, termasuk buproprion dan varenicline dan kaunseling intensiti lebih rendah. Kami juga memerlukan lebih kajian untuk menguji sama ada intervensi digital berfungsi - intervensi-intervensi tersebut adalah menjanjikan disebabkan mereka mungkin mempunyai lebih luas jangkauan pada kos yang lebih rendah. Sesetengah kajian kami juga mempunyai isu dengan reka bentuk dan kelakuan, di mana menjadikan kami kurang yakin tentang penemuan kami. Keputusan-keputusan tersebut boleh berubah setelah lebih banyak bukti menjadi sedia ada.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga September 2022.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information